Hati Kala Cinta
Hani Fazuha
ISBN: 9789831247174
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: November 2011
Halaman: 560
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Ada satu saat, aku rasa nak laga-lagakan je
kepala si Zhafran dengan si Lya ni. Masing-masing tak reti nak mengalah! Haihhh...
Full review: 18/08/2014
Cerita yang mudah
hadam sebenarnya, klise? Ya, tapi aku suka kisah ni. Cuma, perjalanan kisah
Zhafran-Lya ni panjang benar. Berliku-liku sebelum nak capai bahagianya.
Dua sahabat baik yang
dah tergelincir dari sempadannya. Namun, yang seksanya bila seorang dah
mengaku, yang seorang lagi buat tak tahu. Ditambah dengan kehadiran watak
tambahan yang annoying seperti Nurin.
Oh, hoi! Yang suka setengah mati pun pasti akan kata tak suka bila saja
keluarga dipertaruhkan.
Perhubungan kekeluargaan
yang rapat antara kedua-duanya membuatkan pasangan ni susah nak berenggang.
Walaupun Lya mahu, ada saja part yang
buat dia lemah dengan Zhafran. Paling rumit bila ada pinangan keluarga Zhafran
buat Lya! Jeng jeng jeng... aku
terkenang cerita si Joe Jambul pula.
Sejak akhir-akhir ni,
aku jadi kurang sabar nak baca part
tarik-tali-jual-mahal ni. Macam kedegilan Lya untuk mengakui rasanya pada
Zhafran, ha... ada rasa nak jerit kat telinga Lya kuat-kuat! Belum masuk part tak-reti-bahasa si Zhafran! Huh. Ok, aku emo! Hahaha ;P
Dan, watak Hareez tu
aku macam suka pula [kenapa ayat sebaris ni pun aku buat perenggan? Hahaha... ada makna tu!]
Hasil karya penulis
senior, makanya para pembaca akan mudah larut dalam HKC. Perasaan juga akan
turun-naik-macam-naik-rollercoaster, jadi bersiap-siagalah anda semua!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan