Kemilau Mentari
Zuraidah Othman
ISBN: 9789675229305
Penerbit: NB Kara
Tarikh Terbit: Oktober 2011
Halaman: 476
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Rating
diberi ikut purata:-
1. Kasih Seimbas Pandang 2.5*
2. Jangan Ada Benci 3.5*
3. Kaulah Segalanya 3*
Ps: Kalau novella kedua tu stand alone, rasanya aku boleh je bagi 4* ;P
1. Kasih Seimbas Pandang 2.5*
2. Jangan Ada Benci 3.5*
3. Kaulah Segalanya 3*
Ps: Kalau novella kedua tu stand alone, rasanya aku boleh je bagi 4* ;P
Full review: 04/08/2014
Himpunan 3 novel
rupanya. Perghh.. aku salute dengan kenipisannya! Dulu-dulu
tak perlu tebal untuk jadikannya sebuah novel. Dan kalau aku baca tiga novel
ini berasingan, maknanya aku dah berjaya tamatkan 3 novel sekaligus. Jimat masa
nak khatam GR Challenge *wink*
Kasih Seimbas Pandang.
Tak berapa kena dengan
jiwa. Mungkin sebab terlalu ringkas [?]. Aku boleh teka siapa dan apa
kesudahannya. Hmm, hilang rasa teruja
agaknya, menjadikan aku si pembaca terasa biasa-biasa saja.
Jangan Ada Benci.
Phewitt... terasa nak menari-nari dalam
hujan. Eh! Eh! Hahaha.
Aku rasa cerita ni cute. Mungkin ada nostalgia lama
agaknya, yalah dah tadi terasa nak menari-nari dalam hujan, kan? Masih klise
dengan tema kahwin-kerana-keluarga-aku-relakan *wink*. Tapi aku suka dengan gaya penceritaannya, cara penulis
membina hubungan kedua-duanya. Dengan penamatnya yang manis. Indah!
Kaulah Segalanya.
Yang ni kalau baca
ketika selera muda-mudi, confirm aku
bagi markah penuh. Tapi bila dah masuk era makcik-maktok, alahai! Namun,
ceritanya tak mengecewakan. Kisah kehidupan si anak remaja. Si adik jadi mangsa
dendam atas perbuatan abangnya yang lalu. Mujur dendam tak terbalas, sebab si
pemangsa kemudiannya mengetahui duduk perkara sebenar. Jadi, cinta yang dihulur
adalah cinta yang hakiki dari hati. Yay!
Happy ending juga buat kedua-duanya.
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Mencari peluang qada review ye kak? haha....selamat hari raya. Maaf zahir batin.
Soleh S,
Hahaha..lebih kurang la :P
Selamat Hari Raya dik! Maaf zahir batin.
Catat Ulasan