Hijab Sang
Pencinta
Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789831243855
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Ogos 2008
Halaman: 510
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
"Haryani..bagaikan puteri," kata Saifudin tersenyum sedikit. 'Namun... Ratna tetap ratu dihatiku.' Suara hatinya pula yang berbicara [pg343]
Walau bagaikan puteri, belum tentu dapat menawan sukma sang laksamana. Tahniah sang Ratu! *lompat bintang*
Full review: 07/08/2014
Ambil masa lama untuk
habiskan ini. Sajalah, rindu pada Ratna mencengkam sukma... exaggerated! Hahaha
Secara peribadi, aku
suka storyline yang ini dalam kesemua
siri Sunan. Aku suka cara RAM menyusun jalan
ceritanya, teratur dan lebih memudahkan sebenarnya. Agak berlainan dengan siri
lain, yang mana kebiasaannya RAM aci redah je campak ke semuanya, sekejap berlatar
belakangkan kurun ke-15, sekejap terlontar ke abad 21.
Kali ini, dalam
pengembaraan Sunan menegakkan syiar Islam, dia pula yang dihambat ke relung
masa. Sunan mengembara ke abad 21. Waaa...
don’t like! Walau aku tak boleh menyembunyikan tawaku berkenaan Sunan
memakai jeans tapi aku masih tak suka setting
di zaman Haryani tu. Haihh... nampak
sangat aku bias hahaha
Berbalik pada cerita
Sunan, dia dalam perjalanan dari Aceh ke Tanah Melayu akibat kerinduan yang
maha hebat pada keluarganya. Apatah lagi dengan mimpi ibu dan isterinya bersama,
dia makin tak senang duduk. Apakah itu tanda ibunya sudah tiada?
Tapi perjalanan pulang
tak mudah buat sang laksamana. Dia berhadapan pula dengan Manggala [asal usul
Manggala diceritakan dalam siri ini], Guntur dan Sari yang ingin membalas
dendam atas kematian Nyi Burga Kelara [dalam siri pertama dulu] dan juga kehadiran
Putri Kober Gandring yang turut berdendam dengan Melaka. Namun, apa yang lebih
menyakitkan hatiku bila membaca momen sang Sultan Melaka. Aduhaiiii... mujur Datuk Bendahara tu orangnya panjang akal.
Dan, ya! Pastinya siri
penamat trilogi pertama ini perlu dihalusi betul-betul. Apakah Haryani bisa
menjadi puteri di hati Saifudin? *wink*
Ok, done! Next book!
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
of coz... Sunan the best ever! Mesti baca berulang-ulang.
Soleh S,
Hahaha.. try me! Dah baca berulang-ulang sampai termimpi-mimpi hahaha :D
Catat Ulasan