Guy Next Door
Rose Harissa
ISBN: 9789670448633
Penerbit: Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 487
Harga: RM21
Halaman: 487
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Ini antara penulis favourite aku. Old
time. Hands down.
Full review: 16/04/2014
Aku suka:-
1. The one & only, that Guy Next Door
[GND] -- Adam Putra Iskandar. Ok, namanya pun dah ala-ala hero filem. Tapiiii...
dia sangat cool ok! *amboiiii* hahaha. Aku sebenarnya suka dengan cara penulis
melakar watak Adam ini. Tak dinafikan, RH memang pakar dalam menggambarkan
watak hero-hero novelnya, tu buat aku makin suka dengan Adam.
2. Makcik Umi -- Karakter ibu yang paling
hilarious selepas Makcik Sari. Memang asyik tergelak je bila baca percakaran
anak beranak. Kata-katanya memang asyik kena batang hidung sendiri. Dan, dia
ibu yang paling tepat untuk si anak seperti Kris.
3. Jalan cerita yang sweet like candy.
Cerita ini mungkin hadir tepat pada masanya, ketika aku tengah serabut dengan
segala hal duniawi [ok, exaggerate! :P]. Aku perlukan sesuatu yang simple, tapi menarik
hati. Padaku, GND boleh masuk dalam kategori chic lit.
4. Kris -- Jujur, aku tak suka dia hahaha.
Tapi ya, seiring pembacaan rasa tak suka itu hilang sikit demi sedikit. Watak
seperti Kris perlu ada untuk mengimbangi watak cool Adam. Adanya Kris untuk
buat pembaca seperti aku menyampah, tapi dalam masa yang sama tetap ingin belek
GND hingga ke halaman terakhir. Ha, nampak tak betapa Kris sebenarnya penting
dalam cerita GND ni *wink*
5. Family bonding dan rasa kasih sayang --
Hubungan antara anak perempuan mahupun lelaki dengan ibunya. Rasa hormat dengan
jiran tetangga, sikap ambil berat bukannya jaga tepi kain orang. Kesemua ini
buat aku rasa cerita ini dekat di hati sebab adanya rasa belonging.
Kalau inginkan sesuatu yang santai dan
mudah hadam, boleh dapatkan novel ini. Ia bukan kisah cinta air mata, jadi
jangan risau anda tak akan mudah naik angin. Cuma, kalau ada sikit rasa
menyampah mungkin sebab si Kristal tu, atau mungkin juga kerana adanya si
Fandi. Perghh... tulis namanya buat aku sendiri rasa alergik dengan mamat
seperti ini *wink*
Cuma, aku selalu kena betulkan tune dengan
pertukaran POV dalam setiap bab. Kalau yang jenis baca langkau-langkau, mungkin
akan tersesat juga. Juga mungkin boleh betulkan kesalahan ejaan Bahasa Inggeris
dalam cetakan seterusnya. Kesalahan minor je ni.
Dan, bintang-bintang bersinar bukan hanya
kerana ceritanya, pasti juga untuk penguat semangat kepada penulisnya. Tahniah!
Moga tak akan pernah berhenti. Welcome back sis! ;))
Ps: Kalau rasa review aku ini bias, korang
boleh lihat review teman-teman lain di GR.
4 ulasan:
Siyes, sy sgt suka novel ni!!! 5 bintang!!
Sufi (",)
Sufi (",),
Cerita yang comel mesti ramai yang suka, kan? :D
Love this novel.. Xtau bpe kali da baca novel ni.. Antara novel kesayangan saya..
Hidayah Awi,
Novel RH jarang menghampakan, kan? ;)
Catat Ulasan