Dari KLCC ke Tanjung Malim
Fdaus Ahmad
ISBN: 9789671169735
Penerbit: Dubook
Ceritera
Tarikh Terbit: April 2013
Halaman: 156
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Lama dalam pegangan bukan sebab tak best,
tapi aku terlupa kat mana buku comel ni 'menyelit' hikhikhik
Full review: 14/03/2014
Kalau rasa nak tersengih-sengih boleh cuba
buku comel ni. Secomel saiznya, comel lagi isinya hikhikhik
Masih seputar tentang hidup si penulis
bersama Cikgu Kuala Kubu dan si Fateem, cuma ada penambahan seorang lagi ahli
keluarga. Tahniah! Dan ya, aku terus teringat kes makan di KFC tu. Serius.
Bukan sekadar tersengih, nyaris nak tergelak besar tapi terus control cun sebab
aku sedang duduk dalam kereta api :P
Isinya masih ringkas. Yalah, ini kan catatan
di dinding blog. Walaupun ringkas, masih ada rasa menyengat. Di beberapa
halaman, langsung menusuk kalbu. Ia bukan sekadar catatan, tapi ada peringatan
yang dikongsi di sebaliknya. Terserah kita untuk mengutipnya atau hanya larut
dalam isi cerita dan kemudiannya tutup buku tanpa ‘simpan’ sedikit isi
ceritanya.
Kita semua ada pelbagai kisah menarik sejak
kecil hinggalah kini. Itu yang dikongsi oleh Fdaus Ahmad. Dan pada mereka yang
mahu mengimbau kenangan, silalah ambil ruang untuk membacanya. Ada manis, pahit
dan masam-masam manis. Indah! Hidup kita sebenarnya memang cukup indah.
Alhamdulillah :))
Ps: Credit to Ajib.
6 ulasan:
ini pun...pinjam.
Happy Mind,
Ala..ni akak pun pinjam :))
Airina, macam menarik je buku ni. Tapi macam perasan ada tajuk yang hampir sama dengan ini. Bersirikah? Mana satu perlu baca dahulu?
AdH,
Tak bersiri sebenarnya. Boleh baca mana-mana dulu. Cuma, biasanya orang akan baca Dari Tanjung Malim ke KLCC dan baru baca yang ini. Bezanya tahun diterbitkan je :))
Ok terima kasih atas info. Bilalah boleh beli. Haha,, konon berpuasa beli buku sekarang ;)
AdH,
No prob. Enjoy reading ya :D
Catat Ulasan