P. Ramlee
ISBN: 9789670374109
Penerbit: Penerbitan Angkatan Baru [tahun 1965], Buku Fixi - Fixi Retro
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 207
Harga: RM20
Halaman: 207
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Terasa seperti P. Ramlee itu 'hidup'. Al
Fatihah.
Full review: 22/01/2014
Secara ringkas, kisahnya tentang Sitora;
harimau jadi-jadian yang mengganggu ketenteraman kampung. Ramai yang menjadi
mangsanya. Si Tok Dukun ada banyak pula helahnya. Dr Effendi; doktor muda dari
bandar datang membantu tetapi disumpah pula menjadi anak Sitora. Ha, apa
kesudahannya? *wink*
Isi ceritanya mudah. Cukup mudah, malahan
aku rasa anak-anak sekolah pun boleh memahaminya. Senang cakap, ianya
disampaikan dengan straight forward. Malah, adegan thriller tidak cukup
menyengat. Tak cukup untuk buat jantungku ‘berhenti’ sejenak.
Dari segi gaya bahasa pula, ianya biasa-biasa
saja. Cuma pada siapa yang tak biasa dengan bahasa orang lama, akan rasa lame.
Konon nak urban sangat kan? hahaha Sedangkan, aku suka dengan bahasa pujangga
orang kita. Ingat senang nak reka peribahasa dan pantun bagai?
Tetapi mungkin kesederhanaan cerita ini
yang mengikat aku. Thriller yang sederhana. Bahasa yang sederhana. Elemen cinta
hero-heroin yang sekejap cuma. Semuanya serba sederhana. Memandangkan novelnya
pun hanya setebal 207 halaman, jadi sudah nampak betapa sederhana sebenarnya
novel ini.
Dek kerana ini karya epik, karya seorang
tokoh yang aku senang sekali -- P. Ramlee. Makanya buku ini berhak dapat all my
respect. Bias? hahaha Yup, aku akui kali ini aku bias ;))
Ps: Aku beli buku ni di nile.com hahaha Orang
lain shopping baju, hang tak habis-habis dengan novel haihh…
*wink*
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Yaz...
Saya,kalau baca novel selain karya Ramlee Awang Mushid, saya akan berlapang dada kerana kurangnya rasa "thrill" terhadap jalan cerita novel-novel tersebut. Tapi kita kena ingat, mungkin ada kelebihan pada bahagian-bahagian lain yang masih boleh dihargai. Tak kiralah bias, ke tak bias ker. Yang penting kita tetap rasa enjoy moment-moment waktu kita membaca tu......
Yaz...,
Hee :)) Benar, walau tak thrill memang ada bahagian lain yang menarik hati. Bias@tak, sebenarnya terletak pada selera masing-masing kan? Janji happy & enjoy baca sudah.
Review bukan kayu pengukur tepat buku best@tak, ya tak? :D
Catat Ulasan