Melodi Kasih
Hezzy Azra
ISBN: 9789831243275
Penerbit: Grup Buku Karangkraf - Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2008
Halaman: 480
Harga: RM18
Halaman: 480
Harga: RM18
~ Rasaku… ~
Surprising! Aku suka ;))
Full review: 08/01/2014
Premisnya aku suka. Jalan ceritanya aku
suka. Gaya bahasanya pun aku suka, walau ada beberapa part tu aku rasa macam sedikit
off. Takpe, tak bawa banyak masalah pun sebab ceritanya sudah cukup memikat
hati aku.
Ada tiga kisah sahabat - Zahara Inas
[Zaha]; si gadis andalusia, Edrina Julia [EJ]; si isteri sepi & Iman
Syukriah [Iman]; si isteri dan ibu hampir sempurna. Tapi padaku, kisah ini
lebih fokus pada Zaha & EJ. Watak Iman; mungkin kerana tiada konflik besar
jadi wataknya kelihatan biasa-biasa saja.
Zaha bukannya gadis tak laku, tapi
kekecewaan pada kaum Adam buat hatinya ditutup kemas-kemas. Namun melihat
betapa bahagianya Iman dan suaminya, hatinya
terusik. Sampai bila mahu keseorangan? Bukankah cinta itu sebenarnya
indah?
EJ sang isteri setia. Apa saja yang disuruh
suami diikutkan. Malah, berkahwin dengan Taj pun adalah aturan keluarganya.
Sebagai isteri, Taj disayang sepenuh raga. Tapi apakan daya, cinta dihulur
dibalas tuba. Perghh... aku rasa nak ketuk-ketuk je si arrogant Taj tu *wink*
Iman bahagia menjadi isteri sang lelaki
yang dicintai semenjak di alam universiti. Huzir nyata suami yang cukup
sempurna. Masalah luar tepi boleh diatasi dengan adanya sang suami di sisi. Itu
sudah cukup buat Iman. Harta benda boleh dicari, tapi kasih sayang tak mungkin
boleh dijual beli.
Jadi apa konflik cerita ni? Eh! Bukan aku
dah tulis kat atas ke? hahaha Kalau takde, takpelah. Korang boleh baca sendiri.
Semuanya nak cerita, tak aci la ;P
Kredit pada penulis. Walaupun kisahnya ada
tiga, ianya disusun dengan baik sekali. Ada sedikit elemen surprise yang agak
menjadi. Sebab masa baca tu aku dah macam, “Eh! Tak kan lah? Tipu tipu tipu!”
hahaha
Dan semuanya dibongkar dalam dua-tiga bab
terakhir. Cuma aku kurang setuju dengan ending. Alaaa... kenapa macam tu je?
Haihh... tak puas! [banyak benar permintaan aku. Ya, aku memang banyak songeh ;P]
Rasanya lepas baca buku ni, aku dah tau apa
yang aku suka. Bila masuk era ‘senja’ ni, kesukaan aku berubah pada cerita yang
ada banyak cerita. Eh! Faham-faham sendiri lah, malas nak komen panjang hahaha
Ps: Fariq tu boleh masuk calon lelaki yang
pandai mengayat. Manis. Sangat!
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Assalamualaikum Airina,
Terima kasih atas kesudian membaca Melodi Kasih (novel pertama saya yg sudah 7 tahun diterbitkan) Alhamdulillah...MK memenuhi citarasa w/pun tak berapa puas hati dgn ending nya, ya? :)
Waalaikumsalam sis Hezzy Azra,
Touching! Tak sangka akak pun sudi singgah sini. Terima kasih kembali ya :))
Catat Ulasan