31 Mei Gerhana Mentari Cinta
Nass Alina Noah
ISBN: 9789670448305
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mei 2013
Halaman: 808
Harga: RM28
Halaman: 808
Harga: RM28
~ Rasaku… ~
Aku masih fikir rating
apa yang harus diberi..hmm.. *wink*
Full review: 02/01/2014
NAN ada gaya tersendiri dalam melakar
ceritanya. Sungguh. Barangkali sebagai penulis senior, beliau sudah cukup arif
bermain dengan kata-kata dan bahasa puitisnya. Cukup rasanya padaku.
Cuma aku ada masalah untuk memahami rentak
cerita ini. Jiwaku tidak terpikat dengan apa-apa pun. Baik pada Puteri atau
Hakimi. Malah aku fikirkan aku akan suka pada watak Charlie. Tapi, sampai ke
sudahnya aku masih tidak juga begitu. Maaf ya!
Ceritanya ada banyak mainan konflik
perasaan. Antara Puteri dengan Hakimi, kemudian ada terselit watak Syakir Adli
yang tidak waras. Bagaimana Puteri melayan Syakir Adli dengan tidak gayanya.
Ya, ampun! Aku tertanya-tertanya yang Puteri ini sebenarnya ok ke tidak?
Perasaannya ada masa tak selari dengan akal dan perbuatannya. Sekejap macam
terlalu baik hati, ada masa sangat daring dan menakutkan.
Ujian. Walau seberat mana, kita harus
teruskan kehidupan. Puteri aku kira sudah bangkit, tetapi di rumah Hakimi
[setelah menjadi isteri Hakimi lebih tepat lagi], seolah-olah hilang arah.
Kekeliruan dan ketidakpuasan hati mengubah sikap Puteri.
Dan dalam diam rupa-rupanya Hakimi ada
rahsia tersembunyi. Rahsia yang membabitkan keluarganya dan Puteri. Apakah
rahsianya? Ha, sila baca sendiri! hahaha :P
Jujurnya, aku tiada masalah dengan gaya
bahasa dan pengolahan. Aku suka semuanya. Tetapi ya, mungkin ini bukan cerita
aku. Bukan ‘my cup of tea’ bak kata omputih.
Ps: Aku tak rasa ini review, ia lebih
kepada rasa hati aku selepas membaca novel setebal 808 halaman ini. Pheww..
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan