| Iklan |

Aku jarang ada di blog. Boleh klik GA untuk progress membacaku.

Ada jual buku terpakai. Klik sini untuk lihat. Macehh.. :))

Khamis, 25 Ogos 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (32) Gelora Asmara

Gelora Asmara
Haryani Kamilan

ISBN: 9789833669370
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 2 - 2008

Halaman: ~ 528
Harga: RM 18.90

~ Rasaku… ~

GA membawa kisah si mata keranjang; Tengku Ryan [Ryan] yang mula memperbaiki diri sendiri setelah terbabit dalam kemalangan yang menyebabkannya koma. Sebaik saja sedar dia pula disahkan mengalami komplikasi pneumonia akibat daripada gaya hidupnya yang kuat mengambil minuman beralkohol dan merokok ditambah pula dengan kecederaan yang dialami ketika kemalangan. Kesemuanya membuatkan Ryan mula menginsafi diri sendiri.

Sebagai lelaki yang kacak dan mempunyai harta peninggalan yang banyak memang sudah cukup melekakan Ryan. Dia digilai oleh ramai wanita sekaligus Ryan makin asyik dibuai nikmat duniawi. Tanggungjawabnya ditolak tepi, apa yang penting enjoy! Dan itu membuatkan ibu saudaranya; Engku Zabedah dan Lokman mengambil kesempatan untuk merampas segala hartanya. Dendam dan sikap iri hati sudah lama bersarang dalam diri dua beranak itu. Ryan yang sememangnya hanyut dengan keindahan sementara tidak pernah mengesyaki apa-apa. Padanya Engku Zabedah dan Lokman adalah tempat untuk bergantung harap.

Dalam keasyikannya dengan hal-hal duniawi, Ryan bertemu dengan Jelita. Jelita ada aura yang tak bisa ditepis. Gadis manis itu tidak begitu mengendahkannya namun tetap dikejar tanpa lelah. Jelita menolak cinta yang dihulurkan oleh Ryan. Padanya lelaki hanya tahu menyakiti. Sepertimana kegagalan perkahwinan ibunya dulu, Jelita telah menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya.

Ryan berasa tercabar. Sehabis daya dia cuba untuk memikat Jelita. Dan tiada siapa menduga disebabkan Jelita, Ryan telah ditimpa kemalangan. Dan setelah itu segala-galanya berubah.

Mampukan Ryan berubah? Sempatkah dia memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan dulu? Dan benarkah Jelita tiada langsung rasa pada Ryan walau sebesar hama? Cuba baca kisah Ryan ini, menyelami dan memuhasabah diri. Manusia itu sentiasa diberi ruang dan peluang. Tetapi hakikatnya kita masih tak sedar diri, sebaliknya sibuk memberikan 1001 alasan.

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

Pei Pan berkata...

Cuma terfikir...kenapa penulis sekarang suka guna nama ala-ala Mat Saleh [ke T. Ryan ada darah kacukan?] dan...watak perempuan mestilah serba-serba lengkap.

(teringat Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim)

Blog baru saya: http://plaktis.blogspot.com

airina berkata...

Pei Pan,
Memang dah macam trend. Nama watak mesti glamour sampai terbelit lidah nak menyebutnya hahaha5

Kalau tak salah, NB masih lagi menggunakan nama watak yang biasa2. Simple dan mudah, seperti Nurul Ain & Zarul [HSW]

Pei Pan berkata...

Saya maksudkan jalan cerita novel ini dengan HSW seperti ada persamaan. Jalan ceritanya sahaja [nama wataknya tidak].

Patutlah nama bayi moden semua panjang belaka - pengaruh novel agaknya.

airina berkata...

Pei Pan,

Ohh :)

Itulah orang zaman millenium katanya hehe2

Label

#prayforGaza Abby Gaines Abdul Latip Talib Abdul Rahim Awang Acik Lana Adah Hamidah Adaptasi Novel Addi Adib Zaini Affifudin Omar Afifah Aidil Ryzal Aifa Batrisya Aimi Ainis Aina Emir Ainin Naufal Airisz Aisha Hamza Aisya Sofea Alaf 21 Aleya Aneesa Alice Clayton Aliesha Kirana Alifah Juhaida Alina Haizar Aloy Paradoks Amal Amanda Berry Amirul Johari Amiza Anaz Amoi Ana Sofiya Andrew Matthews Andrew McMeel Publishing angelseptember Anis Ayuni Anita Aruszi Anjell Anna Lee Anne Gracie Annur Shanana Anuar Shah Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian Aqram Ar Risalah Ariela Sahimi Arman Jazee Arsha Wee Ash Kun Asmar Shah Athool Atikah Yusof Attokz Dikulgai Ay Yusof Ayob Kelubi Ayu Emelda Ayumi Syafiqah Azra Aryriesa Badrul Hisham Shari Bahruddin Bekri Ballantine Books Balqissy Bayyinat Berkley Sensation Bidayatul H Big Bad Wolf Bikash Nur Idris blogpke Blook Bophairy Bozu BraderLeplep Brigham Young Bukan Penggoda Buku Fixi Buku Prima BukuBlog Bulanhijau C.J. Charmichael Cabaran 50 Novel Carmen Falcone CAT Cerita KLIBF Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam Choppy Christine Merrill Cik Ian Citahrudin Cob Nobbler Comei Creative Ct Zuraimi Cucuratap Damya Hanna Dayang Noor Dewan Bahasa dan Pustaka Dhiya Zafira Diane Gaston Dihsar Ludba Haqifa Diya Nordin Dr Amida Abdul Hamid Dr Shah Ibrahim DuBook Ceritera DuBook Press e-book e-cerpen E-man Sufi e-novel e-Sentral Eka Faraha Elee Mardiana Elena Reeney Eliyyah Ellis Gee Emma Maizura Emy Roberto Entangled Publishing Evelyn Rose Fadhli Hamdan Fadzlieo Faisal Tehrani Faizal Sulaiman Faizal Tukimin Fajar Pakeer Farah Husain Farihah Iskandar Fatimah Busu Fatimah Syarha Fatin Nabila Fatrim Syah Fauziah Ashari Faziela Fazley Yaakob Fdaus Ahmad Feeza Fikri Kacak Fikri Misti Fitri Hussin Fixi Retro GA Quotes Galeri Ilmu Gallery Books Gina Yap Lai Yoong GR 2012 GR 2013 GR 2014 Grup Buku Karangkraf H.M. Tuah Iskandar Habiburrahman El Shirazy Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 Hafizah Iszahanid Hafizul Osman Hana Qistina Hani Fazuha Hanie Hanina Abdullah Hannah Dhaniyah Hanni Ramsul Hanny Esandra Harlequin Books Haryani Kamilan Hasrul Rizwan Haswida Abu Bakar Hellioz Herna Diana Hezzy Azra Hidayatus Hilal Asyraf Hlovate Hodder Stoughton I F I Enterprise Ian Juliana iBook Publication Ida Farisya Idea Kreatif Publication Ika Madera Ilham Bestari Publication Ilya Abdullah Imaen Iman Nizrina Iman Xara Imani Hatta Immaz Huda Imran Azmi Indah Iskandar Intens Media Iqbal Syarie Iris Ixora Irma Hasmie Ismi Fa Ismail ITBM Jat Jemari Seni Jennifer Probst Jo Johanna Lindsey John Norafizan JS Adiwarna Ju Asu Ra Jualan Gudang Julie Anne Julie James Kad Mutiara Minda Kaki Novel Karangkraf KarnaDya Karnival Buku Online Karnival Karangkraf KaryaSeni Kaz Ishak Kele Moon Keputusan C50B Khairi Mohd Khairul Nizam Khairani Khairulnizam Bakeri Khairyn Othman King International Prize 2010 KLIBF 2011 KLIBF 2012 KLIBF 2013 KLWRF Kumprinx Kusyi Hirdan Lang Leav Lavendra Leeya Myra Lejen Press Levis Delisya Liana Afiera Malik Lila Vee Liyana Zahim Liza Mior Rashdi Lokman Hakim Loose Id LLC Lord Zara Louise Allen Lovenovel Luc Abdullah Lya Zara Lynn Allyna Lynn Dayana M Faridzuan Majid M. Faiz Syahmi M.K. Schiller Ma Lee Chuswan Maisey Yates Mak Su Manaf Hamzah Manjlara Maria Kajiwa Marissa Marita Conlon-Mckenna Marwati Wahab Masy Mat Luthfi Maya Banks Maya Iris Mazni Aznita Mazni Darwisya Mcjust.lol Meen Zulaikha Melati Publisher Melur Jelita Mendelssohn Levy Publishing Mesbo Miazal Zahra Michelle Willingham Mimie Afinie Mimie Candycane Mini Novella Mirachantek miss eurydice Mona Yanty MPH Mr.K Mrflowermanstudio Muhamad Fazrin Muhammad Fatrim Murni Aqila N.M. Silber Nadia Khan Nadra Yasmina Nami Cob Nobbler Nasiroh Abdul Rahman Nasron Sira Rahim Nass Alina Noah Nasz Naurah Iman Naza Adlyn Nazawati Nazri M. Annuar Nazurah Aishah NB Kara NHF Media NI Publication Nia Azalea Nina Croft Nir Nirrosette Nisah Haron Nisyah Nizam Sani Nok Wafdi Nik Jaafar Noor Azzahra Noor Suraya Noorfadzillah Nora Ismail Noraz Ikha Norhanisamila Norhayati Abd Malek Norhayati Berahim Norisah A. Bakar Nota Airina Notis Pembetulan Novel Fiksyen Sejarah Novel Grafik Novel Nur Novel Terpakai Nueen Nur Ezzah Amirah Nuraqilah Syuhaida Nurassyi Rashid Nureen Mirza Nurul Syahida O'Brien Press Omnific Publishing Owen Slot P. Ramlee Pameran Buku Paradoks Production Pekan Ilmu PELIT Pena Senja Penerbit Republika Penerbitan Angkatan Baru Penulis.Sahaja Penulisan Enterprise Penulisan2u Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 Pesta Buku Pesta Buku Kelantan Pesta Buku Selangor Pingu Toha Pitak Popular Poyo Printing Problem Promosi PTS PTS BookCafe PTS Fortuna PTS Islamika PTS Litera PTS Millennia PTS One PTS Pop PTS Syok-Hallyu Wave Pustaka Islamiyah Puteri Andalas Qaseh Qaisara Qaseh Qistina Que Sera Sera Rabihah Nur Ridhuan Rahimin RAID Studio Raja Faisal Ramlah Abdul Rasid Ramlah Muhamad Ramlah Rashid Ramlee Awang Murshid Read Malaysia Reen Rehan Makhtar Reja Resmanshah Ridhwan [Ridh-One] Ridhwan Saidi Ridhya Iman Rizai Reeani Rizque Publishing Robin Bielman Roman Rose Harissa Rozita Abd. Wahab Ruby Hazri Rynsa Saat Omar Saidatul Saffa Saifullizan Tahir Salina Ibrahim Salina Salleh Salleh Kausari Sania Yasmin Sara Aisha Sarah Mayberry Sarnia Yahya SeaShell Publishers Sha Ibrahim Shafaza Zara Syed Yusof Shahir Shahirah Khairudin Shahrul Akram Sham Hashim Shamsiah Mohd Nor Shaz Johar Si Manis 17 Silhouette Books Sinaganaga Sindiket Sol-Jah Siti Hazneza Abdul Hamid Siti Jasmina Ibrahim Siti Nur Dhuha Siti Rosmizah Small Cow Productions Soltura Sophie Kinsella Suzana Sulaiman Syafie Mahyani Syafiq Aizat Syah Shah Syahirah Ibrahim Syaihan Syafiq Syamnuriezmil Syarikat Muda Osman Syasyaja Syud Syuqri Mustaqim Szalies Teja Irzara Telaga Biru Tembakau Teratak Kasih Tere Liye Terjemahan DBP Terri Brisbin Thanks Note The Dial Press TheBentPencil Tok Rimau Top 10 Tulip Ungu Ulii Azman Umi Azrini Umi Kalsom Umie Nadzimah Usia GA Ust Amran Md Yusoff Ustaz Azhar Idrus Vanny Chrisma W. Wan Rohayu Wann Azlan Wise Words Publishing Wordless Wednesday Xarine Yusnida Tajuddin Zabrina A. Bakar Zaharah Nawawi Zahazan Mohamed Zamri Mohamad Zamri Zainal Abidin Zan Zarida Zara Aluwi Zaradgreat Zarith Zuraidah Othman