Aifa Batrisya
ISBN: 9789670246390
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 581
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Ibu kata tak elok biar orang tertunggu-tunggu kita *wink* Jadi selepas menamatkan kisah ini, aku terus duduk depan komputer. Kononnya nak laju-laju menulis review [amboi! Ayat tak mudah ;P].
MSPA seperti kisah fairy tale. Mudah jalan ceritanya dan bisa ditebak awal-awal lagi apa kesudahannya. Di samping gaya bahasanya santai dan sememangnya mengikut trend anak muda masa kini. Mungkin aku pun dah masuk era makcik-maktok, yang bila saja baca novel sebegini hati sudah tidak seriang dulu kih5 Tetapi aku tidak menolak sepenuhnya kerana ia masih novel bersulam kisah cinta yang comel dan manis. Cuma ya seperti aku bilang awal-awal tadi mungkin ini bukan lagi my cup of tea ;))
Afnan Tasneem [Anim]; gadis polos yang naif terpaksa makan hati bila berdepan dengan lelaki bajet bagus – Doktor Syed Nadzhan [Nadz]. Mujurlah Nadz itu penyelia di tempat praktikalnya, maka ditahan juga rasa hati yang membara. Rumours tentang Doktor Syed yang anti-perempuan itu memang dia setuju sangat. Bukan itu saja, malah Doktor Syed tu gay! Amboi, Anim! Tak elok berburuk sangka. Silap cakap pula nanti jadi fitnah.
Nadz sebenarnya ada pengalaman buruk dengan perempuan. Dia seakan-akan trauma kerana ibunya pergi meninggalkan dia dan mengahwini lelaki lain ketika dia masih kecil. Tetapi itu versi yang disogok semenjak kecil oleh nendanya. Dia tak pernah cuba memahami apa yang mahu diperkatakan oleh ayahnya sendiri. Sudahnya dia rasa kesemua perempuan yang hadir dalam hidupnya memang menyusahkan dan melecehkan. Apatah lagi dia sudah dikejar oleh Aleesya; dua pupu yang begitu obses untuk memiliki dirinya.
Walaupun pada mulanya, Nadz mahu menjadikan Anim sebagai bahan eksperimen untuknya mengenali dan memahami golongan hawa ini. Manakan tahu dia sebenarnya tertarik dengan sikap polos dan lurus Anim. Namun sebagai lelaki, dia cukup menjaga statusnya. Ditambah pula dengan kemahiran komunikasi yang memang fail, jadi Anim asyik dimarah dan diherdik. Alahai, lelaki ego!
Sikap polos Anim menyebabkan dia menjadi perhatian Syed Emir dan Adam. Ha, masa ni barulah Nadz mula tergugat tetapi dah tak boleh buat apa juga. Sebabnya Anim sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya. Ayah Nadz mengahwini ibu Anim, menjadikan mereka kini adik-beradik tiri… jeng jeng jeng!
Aku rasa dah tak perlu cerita ending sebab dah boleh teka kan? ;P Cuma aku tak berapa gemar adegan di mana sang ibu dan ayah bagaikan ‘mengizinkan’ Anim dan Nadz tinggal dalam satu rumah ketika ketiadaan mereka yang mahu ke Jepun. Bukan sehari-dua, tetapi sebulan. Adik-beradik tiri masih halal untuk berkahwin. Hmm… mujur kemudiannya Nadz bertindak mengambil pembantu rumah untuk menemani mereka berdua.
Tetapi aku bagi kredit kepada penulis bila saja dia menitipkan pesan tentang anak gadis yang elok sudah bertudung litup tetapi masih bebas bergurau-senda dengan lelaki yang dipanggil kekasih hati. Penulis juga bijak menyelitkan potongan hadis dan nasihat dalam novelnya. Moga-moga adindaku sekalian perasan tentang ini. Jangan hanya lihat kisah manis bergula je ya!
Aku belum pernah baca novel pertama penulis. Ada masa nanti aku cuba cari novel Kahwin Ganti yang dikatakan menduduki carta bestseller ;))
Happy reading (^-<)
8 ulasan:
Novel ini berjaya buat saya ketawa sambil membaca sebab kadang2 ada part yang sangat kelakar si Tasneem ni buat
Cik Tanpa Nama
Cik Tanpa Nama,
Hee ;)) Nampak awak enjoy reading kan? ;D
sy belum bace lg..best x???
iKLiL HuDa berkata,
Saya rasa biasa-biasa je. Tapi kalau awak suka genre ini, ia mungkin luar biasa ;))
Cuba dulu, baru tau.
novel nie mmg best...sempoi..!x rugi klau beli..! thumbs up cik writer..
Tanpa Nama,
Alhamdulillah awak suka :))
salam sy nk beli novel ni ade lagi x??
farhanah yaad
Maaf sis, dah dijual :D
Catat Ulasan