Aidah Bakri, Dihsar Ludba Haqifa, Fatihah Pauzihal, Hafizah Iszahanid, Hafizul Osman, Haswida Abu Bakar, Ijazati Habib, Ika Madera, Imaen, John Norafizan, Kamalia, Misdhiaz, Nazawati, Noor Suraya, Pingu Toha, Szalies
ISBN: 9789670201542
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 313
Harga: RM20
Halaman: 313
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Lama betul aku ambil masa nak buat resensi untuk kompilasi ni, dah masuk 2013 pun ;P
Baik, ini memang ceritera cinta. Ada 18 cerpen cinta yang dikumpulkan, hasil buah tangan keluarga JS buat para peminat kisah cinta. Hmm, tapi aku tak kan bercerita kesemua kisahnya. Maklumlah ia kompilasi cerita kontot-kontot, jadi aku harus tulis resensi yang kontot-kontot saja [kih5 alasan!]
Aku puas hati dengan kisah-kisahnya. Cuma ya mungkin ada beberapa kisah yang padaku biasa-biasa saja. Tak mengapa. Itu tak mencacatkan kompilasi ini sebenarnya. Hanya membuatkan ia makin berwarna-warnia. Ada rasa manis, masam, masin dan pahit. Ada suka duka. Sepertimana rasa cinta barangkali. Maka begitulah ‘rasa’nya ;D
Dan kerana makna dan konsep cinta itu besar. Maka aku melihat impak cintanya juga harus besar. Terima kasih kerana tak meninggalkan cinta ibu dan ayah pada anak-anaknya. Aku suka. Sepertimana aku sukakan tinta Imaen itu – Ini Dosa Siapa? dan Isteriku Seorang Geisha – Hafizul Osman. Memang terasa menusuk kalbu. Lebih-lebih lagi mengingatkan aku pada kata-kata ibuku yang berbunyi begini;
“Sibuk dengan dosa pahala orang lain, dosa sendiri yang setinggi gunung tak ambil peduli.”
Perghh... kena setepek di muka! ;P
Dan aku juga suka kisah cinta Sepucuk Surat Cinta (Dari Lembah Kundasang), Laksa Kam dan Bukan Satu Kebetulan. Mengajak aku berfikir, apakah selama ini aku terlupa menghargai sesuatu di depan mata? Ngeh3~~ Tanya sama hati lagi kih5 ;P
Lagi? Hmm... bacalah sendiri. Nikmati apa falsafah para penulis JS bila berbicara tentang cinta. Dengan pelbagai gaya bahasa, latar dan teknik pastinya akan ada yang melekat di hati. Cubalah, moga ada baiknya untuk kamu ;D
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Dalam buku ini karya dr Noor Suraya benar2 mengusik jiwa.sy tak pernah rasa hampa membaca karya2 beliau.jd memang buku ini sy dapatkan unt dijadikan koleksi sy kerana ada karya noor suraya di dalamnya:)
Tanpa Nama,
Kaksu memang jarang menghampakan pembacanya. Gayanya yang bersahaja dengan bahasa yang indah memukau sukma, siapa yang tak tertarik kan? ;))
Langsir Biji Remia, karya Noor Suraya yang pertama saya baca. Ayatnya terlalu memikat jiwa saya sedangkan saya ini ulat yang buku yang lahap membaca pelbagai jenis bacaan kerana tidak punya antologi. Diakui, Munsyi Dewan yang seorang itu begitu indah atur bahasanya seperti Ainul Muaiyanah. Gaya penulisan mereka tersendiri.
Tanpa Nama,
Benar, amat setuju sekali dengan awak. Kaksu tak perlu dikenalkan lagi kalau berbicara tentang gaya bahasanya. Indah.
Ainul Maiyanah? Wah! Kali pertama dengar namanya..ada cadangan bukunya?
Catat Ulasan