Hilal Asyraf
ISBN: 9789830972152
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh Terbit:
Halaman: 224
Harga: RM21
Halaman: 224
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Dek terpandang nama penulisnya, aku
tertarik dengan buku siri tarbiah rohani ini. Tak silap ada tiga siri langit
ilahi ini dan ini merupakan siri pertama yang aku beli dan baca. Nanti aku cari
lagi siri-sirinya yang lain.
Ada lebih kurang 60 tazkirah ringkas yang
dimuatkan. Dalam siri yang pertama ini penulis cuba membincangkan tentang siapa
kita yang sebenarnya, apa dan mengapa kita hidup di dunia ini. Apa yang paling
penting, penulis cuba mengupas perhubungan kita dengan Allah. Kita ini hamba,
jadi selayaknya menjadi hamba apa yang harus diutamakan.
Dan bila terasa hidup ini tidak adil.
Cuba-cubalah mengerti mengapa Allah menciptakan sesuatu itu begitu. Jangan
pernah berhenti mempercayai-Nya kerana Dia sememangnya tidak pernah melupakan
kita. Hanya kita saja yang lalai. Asyik dengan kesenangan dunia dan bila
terjatuh dalam lubang derita, saat itu baru sibuk mencari sejadah. Allahu
Allah... teruknya perangai!
Ada banyak pengajaran yang dikongsi oleh
penulis. Apatah lagi ia diolah dalam bentuk penulisan yang cukup bersahaja.
Membuatkan buku ini mudah dihadam dan dihayati. Cuma mungkin ada sesetengahnya
aku rasa kurang dihuraikan. Dan bila dirisik-risik di GR, rupanya ia adalah
catatan penulis di laman blognya sebelum dibukukan. Oh! Baru tahu mengapa ia
jadi begitu.
Aku tak pandai sangat nak membedah buku
sebegini. Sebab aku terasa cukup kerdil sekali. Jadi aku cadangkan baca saja
buku ini. Letak hati anda di dalamnya. Selami hingga ke akarnya. Moga ada
manfaatnya untuk kita bersama ;D
Ps: Resensi terakhir untuk buku 2012. Yay!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan