Aleya Aneesa
ISBN: 9789831247662
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Halaman: 692
Harga: RM23.00
Halaman: 692
Harga: RM23.00
~ Rasaku… ~
Nurzalis Najwa [Zalis] memegang janji di zaman kanak-kanaknya. Janji si dia yang bernama Khilfie. Namun Khilfie hilang selepas pemergian kedua ibu ayahnya. Masa terus berlalu tetapi Zalis rupanya tak pernah lupa akan janji Khilfie yang mahu menyuntingnya menjadi isteri. Dan kerana janji itu hati Zalis bagai dikunci. Dia mahu terus berharap.
Saat dipertemukan kembali dengan Khilfie, difikirkan hatinya akan sembuh. Rindu yang ditanggung akan terlerai tetapi apakan daya, takdir bagai sengaja memperolok-olokkan hati Zalis. Dia bertemu dengan Khilfie sehari sebelum lelaki itu akan bertunang. Aduhai! Mana mahu dicampak rasa lukanya?
Mujur Zalis ada keluarga yang cukup menyayangi. Ada hero-hero yang sanggup memujuk dan berkongsi rasa. Dan aku cukup menyenangi kehadiran Zafran, Zulhan dan Zahfir yang begitu menjaga Zalis. Penulis berjaya buat aku tertarik dengan keluarga bahagia Zalis lebih daripada kisah cinta yang dipaparkan.
Dalam merawat luka akibat cinta yang tak kesampaian, Zalis cuba mengelak daripada Khilfie. Tetapi bila Zalis menjauh, si Khilfie bagai tak cukup tanah mahu mengejar. Khilfie ingin mewujudkan kembali momen kanak-kanak mereka. Memang bukan salah Khilfie bila dia lupa akan janji itu tetapi bila masih tak faham-faham bahasa aku pula yang bengang kih5 Sudahlah ada tunang, tetapi kini bagaikan angau pada Zalis. Apa pun aku suka lah dengan Jaznita. Dia gadis yang lebih mandiri daripada Zalis. Lebih rasional walaupun sebenarnya dia juga amat menyintai Khilfie.
Ini novel penutup tirai tahun sudah. Tetapi rasaku tak semanis tajuk novelnya. Aku tahu semua orang kata kisahnya menarik. Dan sebagai peminat AA, aku juga tak mahu ketinggalan untuk ‘duduk’ dalam kelompok mereka yang sukakan TCA. Sayangnya aku tak mampu. Sedihnya! Aku rasa novel ni masih memikat cuma kali ni ia tidak ‘masuk’ dengan jiwaku.
Aku tiada masalah dalam isi cerita. Kisah si gadis yang menjadi penunggu setia pada sebuah janji yang dilupakan. Cuma ya, aku tak suka bila si gadis yang menunggu itu rupanya ada hati yang ‘kecil’. Senang cerita, aku tak suka gadis yang lemah kerana cinta. Dan ini juga kali pertama aku skip ketika baca novel tulisan AA, hinggakan ada satu bab tu aku lebih banyak skip dan skip dan skip. Sorry! ngee~~
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Huhuhuhu...kakchik dah lama peram, x habis2 baca...sedikit kuciwa sebab x masuk rasa..:(
AimieAfifah,
Saya pula kakchik, banyak skip dari baca *wink* fuhhhh...akhirnya baru habis, kalau tak mungkin sama seperti akak, diperam dalam gobok ;P
Catat Ulasan