Licik
Sham Hashim, Julie Anne
ISBN: 9789670374093
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 272
Harga: RM18.90
Halaman: 272
Harga: RM18.90
~ Rasaku… ~
Ini aku pinjam je daripada Ajib ngee~~ Thanks bro!
Prolog berjaya buat aku selak dan terus selak halaman belakang tetapi bila di tengah-tengah, ada rasa bosan menjengah. Memang seronok baca bagaimana 'kerjasama' antara Alias, Fira dan Sadik cuma ianya asyik diulang-ulang. Jadi sudah tahu rentaknya, yang walau bagaimana susah nak diperdaya mereka pasti dapat juga akhirnya. Hilang thrill di situ.
Tetapi ya, jenayah seperti ini yang hanya dapat aku tonton di kaca televisyen sebelum ini merupakan sebab utama yang mengikat aku hingga ke halaman akhir. Lebih-lebih lagi bila lihat bagaimana Fira 'membentuk' dirinya supaya sama licik seperti ayahnya. Dan bila saja dia bertemu dengan Sadik. Momen itu memang aku tunggu-tunggu. Kedua-duanya saling mempergunakan antara satu sama lain.
Jadi bila saja ada watak Darren di hujung cerita, aku sudah dapat menekanya. Sadik memang licik! Dan scene ini buat segala rasa terbang melayang. Aku jatuh kasihan pada Fira, setidak-tidaknya dia masih punya rasa. Dia sanggup lakukan segala-galanya bukan hanya kerana harta, tetapi atas rasa sayang dan cinta.
Dalam kesemua mangsa Fira-Sadik, aku akan paling ingat pada Tan Sri Ehsii Mizan. Sinis. Masakan tidak, ia berkaitan dengan bisnes gelang magnet kih5 ;P Begitu juga dengan sejarah masa lampau Sadik. Aku suka. Namun kehadiran watak Khairi tak begitu mengujakan. Aku lagi suka kalau wataknya dikembangkan lagi. Khairi pun pastinya lebih licik kalau diberi peluang kan?
Aku mengharapkan sesuatu yang lebih bila ada gabungan penulis. Sepertimana tajuknya, aku rasa kelicikan mereka semua tidak cukup. Lebih-lebih lagi ending. Ala… tak kan lepas begitu saja Fira? Lebihlah lagi *evil*
Dan seperti biasa [yang sering berlaku pada Buku Fixi], kesilapan nama watak-watak tetap ada dalam Licik. Sayangnya! Namun aku puji kesungguhan dua penulis ini kerana isi ceritanya konsisten, tidak lari arah walau ada dua kepala *wink*
Apa pun aku suka kata-kata si Alias ini:-
"Nak tipu orang bukan sembarangan. Kau cuma boleh tipu orang yang tak jujur."
4 ulasan:
Terima kasih atas komennya! Terharu!
Julie Anne,
Saya lagi terharu. Sudah singgah di GR, cik puan sudi singgah pula ke sini. Terima kasih sekali lagi ;))
Ya, novel ini biasa-biasa saja. Cuba menjadi licik tetapi tidak begitu licik.
Pei Pan,
Kan? Mungkin sebab di akhirnya resepi liciknya sudah sama - duit & perempuan. Haihh!
Catat Ulasan