3 hari menjelang KLIBF. KLIBF bermula hari Jumaat ini. Sudahkah bersedia dengan beg besar masing-masing? :P
Setakat ni aku tak pernah lagi bawa beg roda/tarik yang macam nak pergi oversea tu. Paling-paling pun bawa bagpack hehe2 Dan rasanya kali ni pun guna backpack je. Alhamdulillah, aku belum lagi sampai ke tahap beg roda/tarik tu kih5 Namun yang merisaukan aku adalah ruangan untuk meletakkan novel-novel bakal dibeli ni. Mahu tukar lagi ke rak buku? Ngee~ lagi ngeri bila mengenangkan 'bebelan' manja ibuku hik3 lalala5
Info nak share, yang diterima melalui email pagi tadi. Ada kupon istimewa yang dikeluarkan oleh pihak Jemari Seni. Kupon diskaun 25% ini tak silap aku terhad ya. Jadi harap maklum! Pada mereka yang berminat boleh lah ke LRT KL Sentral pada 20 April [esok ya-Rabu!]. Nak kenal mereka ni senang je, perhatikan saja kakitangan JS yang memakai badge/tag Si Manis 17/JS. Ada juga beberapa LRT terpilih sekitar Lembah Klang, tapi maaf aku dah terbuang emailnya huhuhu5 :(
Ps: Diserang flu, tapi akan tetap baik bila tibanya KLIBF hehe :P
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Huhu terlepas lagi pesta kali ni. Tapi sudah "berpesta buku" lebih awal di sini =)
Berapa ratus bajet nak beli buku?
Pei Pan,
Lagi semangat tu kalau dah berpesta buku lebih awal! hehe
Ada dalam RM200, mujur tak lebih bajet :P
Haih... borong sakan la nampaknya. Dengki ni.
Pei Pan,
Tak sakan lagi. Ada terjumpa seorang ulat buku yang lagi sakan daripada saya. Tak cukup cash, guna kredit kad pula :D
Catat Ulasan