Diya Nordin
ISBN: 9789675118517
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Januari 2011
Halaman: ~ 414
Harga: RM 18.00
~ Rasaku… ~
Terima kasih kepada Ulat Buku di atas hadiah yang comel ini :D Patutlah hati berat je nak masukkan novel ini dalam wishlist, rupanya ia akan 'hadir' sebegini. Kemudiannya dapat bertemu empat mata dengan penulisnya sendiri. Terima kasih! *senyum lebar*
Masa itu makhluk Allah yang tak pernah berhenti dan tak pernah menoleh [page 414]
Ainnur Shahirah [Ainnur]; aku jatuh cinta dengan peribadinya. Bagaimana dia meniti hidupnya yang berliku. Bukan senang untuknya berdepan dengan Syuhairah walaupun wanita itu ibu kandungnya sendiri. Seumur hidupnya, Ainnur tidak pernah dipedulikan. Umpama melukut di tepi gantang, menagih kasih pada mama sendiri. Sedihnya!
Ainnur tidak pernah kenal siapa ayahnya. Ayah yang juga membuangnya. Namun dia tetap bersyukur kerana ada Luqmannul Hakim; ayah tirinya yang dipanggil Uncle Papa. Lelaki itu yang merawatnya semenjak kecil. Cuba mengisi ruang kekosongan yang ditinggalkan oleh mamanya sendiri. Kasihan Ainnur. Menumpang kasih pada ayah tiri, sedangkan mama makin menjauh.
Kesabaran Ainnur seringkali diuji. Hatinya sering saja terluka. Kesukaran menggapai kasih si ibu membuatkan Ainnur cuba melarikan diri. Mungkin dengan jarak waktu, mamanya akan mula merindu. Namun sangkaannya meleset. Ada tiada, kehadirannya tidak pernah diendahkan.
Kehadiran Faizal hanya menimbulkan konflik. Senior si adik tirinya; Ain Suhana rupanya cuba mengintai Ainnur. Ikutkan hati, Ainnur memang mahu mengelak tetapi bila terkenangkan Uncle Papanya, dia turutkan. Sayangnya Ain Suhana pula yang hampir putus nyawa. Kerana si adik, mamanya berang. Mula mengungkit di hadapan suami hingga lupa dia juga ada Ainnur. Alahai! Terluka lagi hati Ainnur.
Permainan takdir tidak hanya di situ. Siapa tahu mamanya kemalangan jalan raya sehingga koma di saat Ainnur sudah lelah mengejar kasih mamanya. Dan kisah selanjutnya? Aku tak akan cerita *gelak jahat* Aku mahu kamu merasai sendiri kisah kembara Ainnur dalam mencari kasih ibu dan ayahnya.
Terlupa pula pada watak Zhafran Huwaidi, antara watak penting yang bakal mengubah hidup Ainnur. Aku juga suka dengan kewujudan Umi, ibu tiri ayah Ainnur; Amir Iskandar. Begitu juga dengan watak Tok Baba dan Tok Mama. Kesemuanya saling berkait yang bakal membawa anda mengenali Ainnur dengan lebih dekat.
Walaupun aku ni sering saja dikatakan minah jiwang yang baca novel cinta tapi air mataku tak mengalir dengan mudah. Ini novel ketiga yang berjaya mengusik emosiku, hinggakan aku perlu sediakan sapu tangan di sisi. Tak suka! hik3 lalala5 :P Tahniah buat penulisnya kerana berjaya membingkiskan kisah Ainnur Shahirah dengan baik sekali hinggakan aku teringin mencari novel tulisannya yang lain :D
Masa itu makhluk Allah yang tak pernah berhenti dan tak pernah menoleh [page 414]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan