JUDUL: JAUH KAU PERGI
PENULIS: DHIYA ZAFIRA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
PENULIS: DHIYA ZAFIRA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
~ Rasaku… ~
Sejujurnya aku beli novel ni ketika nak menanti hujan reda. Itu kerana ketika mahu pulang dari JJ Maluri, hujan turun selebat-lebatnya. Tiada pilihan aku angkat kaki ke MPH. Tak terlintas langsung nak membeli sebab dua hari sebelum tu aku dah borong novel hahaha Tapi dari langsung tak buat apa, aku pun capai JKP kerana cover yang comel tu. Namun sebaik sahaja mula membaca aku tak dapat nak elak dari terus melekat dengannya. Jarang sebenarnya aku berjumpa dengan genre romance-thriller. Jadi pastinya aku sungguh tertarik dengan karya DZ.
Afiqah Najwa [Afi] adik kembar kepada Kapten Najmi Hariri [Jimmy]. Mereka berdua mempunyai teman rapat iaitu Haiyan Rifqi [Rif], Eddi, Lukman dan Helmi. Masing-masing sudah berkerja dengan pihak ATM. Cuma Afi je yang jadi pustakawan. Kematian Najmi membuatkan Afi hilang arah. Dia dah tiada sesiapa nak menumpang kasih apatah lagi kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia. Dari seorang yang ceria Afi kini jadi sangat sensitif.
Disebabkan kematian Jimmy yang secara tiba-tiba, Afi sukar menerimanya. Rif pula dan teman mereka yang lain mula syak sesuatu. Ada yang tidak kena dengan kematian Jimmy. Apatah lagi Rif mula rasa Afi juga diancam bahaya. Mereka berempat berusaha melindungi Afi. Tapi Afi ni kalau nak tahu degil juga. Orang dah pesan jangan ke mana-mana seorang diri, dia main belasah je. Sudahnya Rif juga yang susah. Ingat lagi scene Rif menyelamatkan Afi. Dia bawa Afi terjun dari apartment 10 tingkat dengan cara rappelling malam-malam buta. Gila lah! Afi pula kerjanya asyik nak melawan. Tapi aku memang rasa tak boleh bla la bila membayangkan Afi dipaksa terjun dengan keadaan pakai seluar tidur gambar Popeye tu hahaha
Satu-persatu cubaan cuba membunuh Afi dapat ditangkis oleh Rif. Tetapi dia gusar lagipun mereka bukannya mahram. Rif mengambil keputusan untuk mengahwini Afi. Sebenarnya masa tu pun Rif macam tercabar bila tengok ada kawan lelaki pejabat Afi yang cuba mengurat Afi tu. Tetapi macam Rif aku pun rasa tiada lelaki lain yang lebih sesuai daripada diri Rif sebenarnya. Sebab musuh yang nak membunuh Afi ni memang sangat-sangat bahaya lagi kejam.
Perkahwinan yang dibina atas dasar itu sebenarnya rupanya hanya mencelarukan perasaan masing-masing. Rif ni dulu pernah bertunang tapi tunangnya meninggal dunia. Disebabkan itu dia rasa dia tak akan pernah dapat mencintai Afi lagi. Namun tidak pada Afi. Dia pula sebenarnya pernah ada rasa suka pada Rif waktu mereka remaja lagi. Cuma orang lain tak tahu saja.
Plot-plot seterusnya lebih kepada rasa Afi terhadap Rif. Bagaimana hidup mereka setelah berumah tangga. Dan juga misteri tentang kemunculan Cougar yang gila punya kejam. Cubaan Cougar dalam nak membunuh Afi sering saja tersasar disebabkan Cougar tak sanggup apabila melihatkan wajah polos Afi.
Kalau nak tahu, kematian Jimmy sebenarnya bersangkut-paut dengan Tengku Azhar. Ada rahsia sulit Tengku Azhar yang disimpan oleh Jimmy. Dan disebabkan Tengku Azhar yakin yang rahsianya sudah berpindah pada Afi, dia menjadikan Afi pula buruannya. Klimaks pastinya di saat Afi diculik oleh Tengku Azhar. Apa kesudahannya? Dapatkah Rif menyelamatkan Afi dan juga kandungannya? Dan siapa sebenarnya Cougar tu kan? Pastikan anda semua mencari novel ini tetapi macam biasa jangan risau sebab Alaf 21 memang pasti akan kasi happy ending buat para pembacanya :D
Tetapi aku rasa ada sedikit kesalahan di muka awal, ada typo. Sepatutnya bukan OC [pegawai pemerintah; level Kapt/Mejar] tetapi CO [pegawai memerintah; Lt Kol]. Harap diperbetulkan bila diulang cetak nanti. Apa pun karya terbaru penulis ni dah berjaya buat aku nak pergi cari novelnya yang terdahulu. Nasib baik cuma ada 3 buah, kiranya sempat lagi nak dicari buat koleksi :))
Ps: Aku sudah jatuh cinta pada Komando hik3 lalala5 :P
Happy reading (^-<)
13 ulasan:
baru selesai pbacaan... very2 touching... ★★★★★ for this novel!!
btw... salam kenal... kita btemu kerana novel... (✿◠‿◠)
@LiYaNNuar,
Salam kenal
T/kasih sebab datang sini :D
:) dah ade rbuku dhiya..and dhiya mmg slelau kuarkan buku genre-thriller-misteri-cinta..hehehhee..best..kna dptkan nie
agent_sesat,
Ya, harus dapatkan kalau kamu peminat Kak Dhiya & khabarnya novel terbaru beliau akan keluar Mac ini :D
Leena (cenccia),
Memang menarik! Boleh cuba baca :)
Jemputlah singgah sini.. Kat sini ada semua koleksi novel Dhiya Zafira, dan baaaaanyak lagi novel lain. Semuanya best2! http://kedainovelonline.blogspot.com
Kedai Novel Online,
Ok! Akan menjengah nanti :D
Sy mencari novel ni tp susahnya nak dpt.alaf pun dah x jual buku ni
Encik/Cik Tanpa Nama,
Dah kehabisan stok agaknya. Cuba tanya di sini:-
http://mybizsantaishop.blogspot.com/
Atau boleh juga di FB Shahputra Lovesnovel. Mana tahu mereka ada ;D
hah. btol2. nvel ni ssh nk dpt.. hbs pusing book store kat melaka.. x da gak.. seyesly.. teringin sgt nak bace.. huhu :"(
Fatin,
Dik, cuba cari masa jualan gudang Karangkraf nanti. Mungkin ada la :D
Saya ada.boleh email Di deekaza@gmail.com
Saya ada.boleh email Di deekaza@gmail.com
Catat Ulasan