JUDUL: KUTEMUI CINTA
PENULIS: NURAQILAH SYUHAIDA
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD
PENULIS: NURAQILAH SYUHAIDA
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD
~ Rasaku… ~
Sememangnya tidak dapat tidak, cover novel ini yang buat aku tertarik untuk membelinya :D Satu risiko sebenarnya kerana nama penulis ni pun aku tak pernah dengar. Mungkin penulis baru agaknya. Dalam naskah ini plot ceritanya boleh tahan panjang. Kisah anak muda belajar ke universiti kemudiannya bekerja dan berkahwin. Tiga plot yang berbeza dihidangkan sehingga aku rasa sedikit lelah dengan rentak yang agak perlahan.
Adam, anak orang berada yang mempunyai segala-galanya. Namun dek kerana kurangnya kasih sayang dan agama, dia menjadi sedikit liar. Amat berbeza sekali dengan abang kembarnya; Yusof. Memiliki rupa paras yang kacak dan kaya merupakan kelebihan untuknya memperdaya gadis-gadis.
Namun ketika bertemu dengan Nadya, tanpa disedari hatinya sudah terpaut. Sikap dan pekerti halus Nadya membuatkan Adam jatuh hati. Sayangnya cintanya tak terbalas, Nadya menyambut huluran cinta Hafiz; teman sebilik Adam. Adam yang sememangnya tidak menyukai Hafiz menjadi seorang yang pendendam. Dia makin memusuhi Hafiz. Pelbagai cara yang dilakukan sehinggalah kemuncaknya Nadya pula yang memutuskan persahabatan antara mereka.
Berjauhan dengan Nadya membuatkan Adam merana. Lebih-lebih lagi bila mengetahui yang Hafiz sudah pun melamar Nadya. Hancur hatinya tetapi mengerti siapalah dirinya di hati Nadya. Akhirnya Adam pasrah. Setelah itu hatinya bagaikan sudah terkunci buat perempuan lain. Adam yang kini bukanlah Adam dahulu. Perubahannya yang menjadi lebih baik itu amat disenangi tetapi dalam pada masa yang sama Adam kini tidak lagi ceria.
Kematian Hafiz menyebabkan Nadya hilang arah. Tanpa siapa tahu rupanya Hafiz sudah meninggalkan amanah yang besar kepada Adam. Diminta supaya Adam menjaga dan melindungi Nadya sebaiknya. Tetapi tidak bagi Nadya. Dia tak mampu menerima Adam dalam hidupnya.
Nadya bertemu Rafi; seorang pelakon. Hatinya terusik. Rafi pula terang-terangan amat menyukai Nadya. Siapa ya yang tertarik dengan Nadya itu? Mukanya digambarkan seperti anak patung Barbie :D Ha, mestilah comel kan? Melihatkan hubungan antara Nadya dan Rafi menyebabkan Adam mengundur diri. Dia akur kerana tahu bahagia yang Nadya cari bukanlah bersamanya.
Sayangnya Rafi pula ditangkap basah bersama Hani; gadis yang begitu tergila-gilakan Rafi. Hati Nadya hancur lagi. Dan buat kesian kalinya Adam pengubat luka. Kerana kasihkan ayahnya, Nadya menerima Adam sebagai suami. Walaupun tiada cinta Adam memang mengerti. Tak pernah memaksa dan tak pernah mengungkit.
Hubungan perkahwinan mereka biasa-biasa saja. Adam bersungguh-sungguh mengatakan cinta dan sayangnya tetapi Nadya tak mampu membalasnya. Dia bagaikan merpati, kadang-kadang jinak dan selebihnya dingin. Namun Adam tetap bersabar. Doanya satu agar Nadya membuka hatinya.
Nadya disahkan menghidap penyakit buah pinggang akibat daripada amalannya yang suka mengambil pil pencegah penyakit. Hati suami mana yang tak galau melihatkan si isteri terlantar sakit. Sudahnya Adam yang menawarkan diri. Salah satu buah pinggangnya didermakan pada isteri kesayangannya. Sepanjang Nadya sakit, barulah dia mengerti betapa besar cinta Adam terhadapnya. Tetapi Adam rupanya sudah punya rancangan lain. Dia berhajat untuk membebaskan Nadya. Baginya Nadya lebih bahagia bersama Rafi.
Bagaimana kisah Adam dan Nadya? Bolehkah Nadya menolak suaminya itu hanya kerana cintanya pada Rafi? Dalam hati Nadya sendiri, masih tertanya-tanya siapakah penderma yang budiman itu? Dan kalau benar Adam, bisakah Nadya mencintai Adam sepertimana Adam yang amat mencintai isterinya itu?
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan