JUDUL: SWEET SOUR
PENULIS: NASZ
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING
PENULIS: NASZ
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING
~ Rasaku… ~
SS mengisahkan tentang Alia yang kecewa apabila teman lelakinya; Zarul akan berkahwin dengan orang lain. Sungguh dia rasa perhubungan yang dibina hampir 7 tahun itu tak bermakna apa-apa langsung. Masakan Zarul boleh meninggalkan dia begitu saja? Apakah Zarul tak pernah rasa apa yang dia rasa selama ini? Benarkah dia hanya bertepuk sebelah tangan?
Alia menggagahkan dirinya untuk menghadiri majlis perkahwinan Zarul. Walaupun hatinya hancur luluh tetapi dia berlakon kuat. Di situ dia bertemu Fazrul [Joe]; abang Zarul. Tanpa Alia ketahui dia pernah bertemu lelaki itu beberapa kali sebelum ini tetapi Alia tak dapat mengecamnya. Saat ini Alia keliru bila dia diperkenalkan sebagai 'teman' Joe. Sejak bila dia pernah berkawan dengan Joe?
Perkhabaran pinangan keluarga Zarul menyentap hati Alia. Mengapa perlu berkahwin dengan Joe? Namun disebabkan Zarul, Alia akur. Joe dan Alia disatukan. Gemilangnya perkahwinan yang diraikan itu tak membawa apa-apa makna. Alia umpama patung bernyawa.
Kehidupannya bersama Joe biasa-biasa saja. Joe beria menunjukkan rasa kasihnya kerana dia memang mengahwini Alia kerana rasa cinta. Sayangnya hati Alia pula sudah tepu dengan Zarul. Jadi apa pun yang dilakukan oleh Joe nampak tak kena saja di matanya. Sepanjang membaca aku tak dapat elak untuk rasa geram dengan Zarul. Geram sebab sibuk mengendeng dekat Alia sedangkan dia sudah pun berkahwin. Bengang kat Alia juga sebab masih nak melayan Zarul sedangkan Zarul tu adik iparnya kini.
Namun benteng hati Alia runtuh juga. Joe terlalu memanjakannya. Terlalu baik untuk disakiti walaupun hakikatnya masa gelap Joe dulu memang terlalu kelam. Dia belajar untuk menyintai suaminya itu kerana kejujuran Joe yang mengaku akan zaman jahiliahnya. Lagipun Alia tak dapat nak elak rasa cemburu dengan kehadiran bekas-bekas kekasih Joe yang semuanya cantik-cantik belaka.
Namun berlaku satu insiden yang membongkar siapa diri Alia sebenarnya menyebabkan rumah tangganya turut dilanda badai. Apalagi mendengar penjelasan mengapa Zarul berkahwin dengan pilihan keluarganya dulu. Semuanya terasa bagaikan mimpi. Jadi apa tindakan Alia seterusnya?
Ini juga merupakan karya online sebelum ia diterbitkan. Cerita yang digarap dengan gaya bahasa yang cukup sempoi ini memang mencuit hati. Menghiburkan. Tak percaya? Sila cari dan baca novel ini :)
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan