JUDUL: BERTAKHTA DI HATI
PENULIS: MARWATI WAHAB
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD
PENULIS: MARWATI WAHAB
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD
~ Rasaku… ~
Novel ini resepinya sama macam novelnya terdahulu - AMK. Bezanya kalau dalam AMK, seorang anak perempuan mencari ibu kandungnya tetapi dalam BDH kisah si anak tiri yang menganggap ibu yang dicari adalah ibu kandungnya sendiri. Sesuatu yang masih lagi menarik kerana penulis ini punya rahsia yang buat aku melekat dengan hasil karyanya.
Khairunasrya [Rya] ditinggalkan suaminya; Najmi Syahadat [Najmi] ketika inainya masih merah di jari. Kasihan! Baru tiga hari bergelar isteri, dia ditinggalkan Najmi dengan hanya sepucuk surat. Berendam air mata tak akan mampu mengubah apa-apa. Kenyataan yang pahit harus diterima. Tanpa sebab yang munasabah dia dibiarkan ibarat gantung tak bertali.
Ditinggalkan dengan mudah menyebabkan Rya menjadi mangsa tohmahan orang kampung. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan dan Rya perlu menghadapinya sendiri. Dugaan yang datang ditelan dengan payah. Kuasa Tuhan ada benih yang ditinggalkan oleh Najmi. Rya pasrah. Kandungannya dijaga dengan penuh kasih sayang namun takdir menduganya lagi. Bayinya meninggal dunia sebaik saja dilahirkan.
Tiap yang berlaku mendewasakan lagi Rya. Tak mahu lagi berpaling ke belakang, hidupnya diteruskan tanpa Najmi. Namun, tujuh tahun kemudiannya Najmi muncul menuntut haknya sebagai suami. Najmi mengumpan Rya dengan Danish Hakim [Aish], anak tunggalnya. Sebenarnya Najmi terpaksa meninggalkan Rya kerana kehendak ibu bapanya. Di luar negara, Najmi sengaja berkahwin dengan seorang wanita Inggeris dan mendapat Aish. Tetapi isterinya itu terlalu bebas dan sukar dibentuk, makanya mereka bercerai.
Semenjak kecil, Aish disogokkan dengan wajah Rya itulah ibunya. Disebabkan itu, Najmi pulang ke tanah air kerana Aish sering saja bertanyakan tentang ibunya. Rya yang sememangnya sukakan kanak-kanak terlalu menyenangi Aish. Dia sayangkan Aish kerana hatinya terasa dekat dengan Aish. Kehadiran Aish mengubat rindunya pada anaknya dahulu. Tetapi tak sangka pula Aish itu anak Najmi, bermakna Aish anak tirinya.
Sungguh Najmi bijak merencanakan. Sengaja dibiarkan Rya rapat dengan Aish. Malah Aish sendiri tak mahu berenggang dengan ibu kesayangannya. Jadi dapatkah Rya memaafkan Najmi dan hidup bersama-sama seperti sebuah keluarga yang bahagia?
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan