JUDUL: SEPUPUKU SUAMIKU
PENULIS: LYNN ALLYNA
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
PENULIS: LYNN ALLYNA
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
~ Rasaku… ~
Di atas saranan beberapa orang kawan, aku juga tak ketinggalan mendapatkan novel ini terus dari penerbitnya. Sebenarnya cover novel ini memang serupa sangat dengan koleksi gambar yang aku ada [aku pernah tulis tentang cover ini di MP]. Jadi pastinya aku mengharapkan cerita ini seindah dan secomel kulit novelnya.
Cerita ini mengisahkan Nana yang menjadi pengganti isteri kepada Hisyam merangkap sepupunya. Hani; tunang Hisyam telah bertindak membatalkan perkahwinan mereka. Keluarga Hisyam pula tak mahu menanggung malu lalu meneruskan juga perkahwinan yang telah dirancang. Dengan persetujuan Hisyam, Nana yang dipinang. Nana pula yang memang menyimpan perasaan pada sepupunya hanya menurut.
Semenjak bergelar suami kepada Nana, Hisyam sudah pun melupakan bekas tunangnya. Hidupnya kini diserahkan kepada perkahwinannya dan hatinya mula belajar mencintai isterinya. Tak susah nak suka pada isterinya itu kerana Hisyam memang mudah terpaut dengan gelagat comel Nana itu. Pasangan ini berjaya mencari bahagia yang dicari.
Namun kemunculan semula Hani memburukkan keadaan. Nekadnya Hani untuk kembali pada Hisyam menyebabkan rumah tangga pasangan ini mula berkocak. Kehadiran Hani dengan pelbagai helah berjaya menggugat ketenangan dalam diri Nana. Mudah sangat Nana percaya pada tiap omongan Hani itu. Kemuncak konflik dalam hubungan Nana dan Hisyam di saat Nana keguguran dan Hisyam pula ditangkap basah bersama Hani.
Sedikit tertanya-tanya mengapa pula Hisyam senang sangat diperdaya oleh Hani. Dia kan seorang doktor. Masakan doktor tak mampu mengesan sama ada Hani itu benar-benar mengandung atau pun tidak.
Cerita ini kemas dengan disuntik sedikit elemen thriller. Cuma ada di sesetengah plot disampaikan terlalu laju dan sebahagiannya pula terlalu mendatar. Namun garapan pertama penulis ini boleh dibanggakan walaupun aku sebenarnya gagal mengesan 'rahsia misteri' yang menyebabkan novel ini laris di pasaran. Mungkin saja citarasa aku yang berbeza menyebabkan aku tidak menemuinya hik3 lalala5 :)
Tak tahu pula ini juga merupakan naskah e-novel di awalnya sebelum diterbitkan. Pastinya penulis ini boleh berbangga dengan hasil karya pertamanya yang menduduki carta pilihan MPH untuk tempoh masa yang agak lama. Satu permulaan yang baik untuk penulis baru. Tahniah :)
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan