Nuril Bahanudin
ISBN: 9789670448404
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Ogos 2013
Halaman: 556
Harga: RM21
Halaman: 556
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Tak boleh nak hadam lama-lama, tak pasti
kenapa. Banyak juga halaman yang aku selak laju-laju daripada menghayatinya.
Full review: 12/05/2015
Nuriz; gadis biasa-biasa yang mandiri tapi
tak disangka bertemu Wan Nazariel [Ariel] yang sombong dan ego dalam satu
insiden. Memang hidup Nuriz huru-hara disebabkan kemalangan itu. Nuriz yang
terdesak untuk membayar ganti rugi terpaksa menerima cadangan Ariel untuk
berkerja dengan lelaki itu sebagai seorang budak penghantar surat selama tiga
bulan, tanpa gaji pula tu.
Dalam tempoh tiga bulan, ada banyak perkara
yang berlaku. Dan, salah satunya bila status Ariel dan Nuriz berubah daripada
majikan-pekerja kepada suami-isteri. Apa yang berlaku sebenarnya?
Hidup makin kacau-bilau dengan kehadiran
Dorina; yang sering cemburukan dirinya. Belum masuk lagi dengan kehadiran Zefrul
Arham; lelaki yang entah dari mana tiba-tiba jatuh sayang pada Nuriz. Makin
serabut hidup Nuriz dibuatnya. Apa kesudahan kisah mereka? Dan, apa pula yang
berlaku bila saja Nuriz tiba-tiba hilang ingatan? Jeng... jeng... jeng...
Sayangnya bila sudah ada premis yang bagus
tapi olahannya tidak seperti yang diharapkan. Ikutkan aku suka kisah anak
terbuang yang bangkit untuk merencanakan kehidupannya sendiri. Tapi, seperti yang
aku bilang tadi, mungkin gaya penceritaannya tidak sampai ke jiwa... agak
mendatar. Dan ada beberapa plot yang kerap diulang, terutamanya pertelingkahan
Nuriz-Ariel... aduh! Lelah nak baca.
Apa pun, selamat membaca ya!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan