Norhayati Berahim
ISBN: 9789675229527
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 719
Harga: RM29
Halaman: 719
Harga: RM29
~ Rasaku… ~
3.5*
Ok dan tidak ok.
Mungkin kerana mata yang berpinar-pinar melihat typo error ahaksss :P
Ok dan tidak ok.
Mungkin kerana mata yang berpinar-pinar melihat typo error ahaksss :P
Full review: 05/05/2015
Cerita yang bisa buat hati panas hahaha.
Baik, apakah perasaannya bila dikhianati
oleh sang suami yang dalam diam beralih pada si dia yang dianggap bagai adik
sendiri? Sakitnya, hanya Tuhan saja yang tahu. Dan, bila Amina cuba untuk reda,
dia diuji dengan ditinggalkan berbulan-bulan lamanya oleh sang suami tanpa
khabar berita, tanpa nafkah... itukah suami yang diharapkan?
Lelah menunggu orang yang dicintai sepenuh
hati, akhirnya Amina akur. Dia harus bertindak sendiri untuk membela nasibnya.
Sang suami masih dengan egonya tidak mahu melafazkan talak. Dan akhirnya, Amina
memohon fasakh. Selesai semuanya, dia cuba bangkit. Nun jauh membawa diri, ke
Kayseri dia belajar bertatih kembali.
Tak mudah hidup di negara orang tapi
bertuahnya Amina, bila dia sering saja dibantu oleh Salma; teman baiknya di
Turki. Bersama-sama Salma, Amina mula tersenyum indah, perlahan-lahan cuba
menyingkirkan segala kepahitannya.
Bila Amina sudah bisa melupakan, datang
pula bekas suami yang terhegeh-hegeh mahukan dia. Eh! Eh! Memang lelaki tak
tahu malu sungguh! Meluat aku tengok gaya Dr Salman ni, takde gaya doktor
falsafah langsung!
Mujur ada Makcik Mastura yang suka benar
pasang-pasangkan Amina dengan anaknya. Tapi Nazim ni boleh tahan juga anginnya.
Mudah panas hati, tapi mudah juga sejuk.
Apa pun, aku suka ending. Rasa mahu jerit di telinga Dr Salman kuat-kuat. Padan muka!
Tak pernah tahu bersyukur. Cuma, sedihnya hati bila Salma dipanggil Ilahi.
Sahabat sejati sukar dicari, dan bila kita kehilangannya, seakan sebelah jiwa
kita pun direnggut pergi.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan