Raudhah
Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789678604680
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Oktober 2014
Halaman: 562
Harga: RM25
Halaman: 562
Harga: RM25
~ Rasaku… ~
Tertipu?
Ya, mungkin. Tapi aku rasa kurang ummphhh-nya. Entah! Seperti ada sesuatu yang tertinggal dalam relung masa.
Ya, mungkin. Tapi aku rasa kurang ummphhh-nya. Entah! Seperti ada sesuatu yang tertinggal dalam relung masa.
Full review: 05/05/2015
Joker; si contract killer dan White; si
pemegang kontraknya. Bukan pemangsa yang biasa-biasa, sasaran pembunuhan mereka
adalah golongan penjenayah kolar putih. Tak pernah bersua muka, email menjadi
medan perhubungan mereka berdua. Tapi, hubungan mereka retak setelah Joker
mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Logik akal, Joker sudah mati!
Di sisi lain, ada 2 watak yang
diperkenalkan -- Faris & Hambali. Sahabat yang terputus hubungan bertahun
lamanya. Seorang putih, yang seorang lagi sisinya hitam. Hambali cuba membantu
Faris, tapi ada rahsia besar yang Faris sembunyikan. Dan, bila rahsianya pecah,
kesemuanya berubah.
Raudhah, yang pada asalnya aku kira nama
watak. Benar, ada watak yang digelar Raudhah. Tapi apa yang lebih menyentuh
jiwa adalah perincian yang dilakukan RAM tentang ‘Raudhah’. Aku suka,
InsyaAllah moga aku diperkenankan Tuhan untuk berkunjung ke sana. Aminnnn...
Jadi, apa kaitan Joker-White dan
Faris-Hambali? Pheww... ini yang tak
akan aku ceritakan kerana jauh di sudut hati, ada rasa tidak puas membaca
naskhah terbaru RAM ini. Kecewa? Barangkali.
Aku tak mahu menggelarkannya twist, sebabnya aku tau penulis ada
sentuhan magisnya tersendiri kalau bermain dengan cerita thriller sebegini. Sayangnya, ia bukan seperti yang aku harapkan.
Dah elok-elok ‘hanyut’, kemudiannya ‘dang’, terlanggar lampu isyarat. Aduh! *sakitnya tu di sini di dalam hatiku*
Nak tahu apa maksudku tentang terlanggar lampu
isyarat tu? Silakan baca sendiri ;P
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
selesai sahaja baca....ciskek sungguh kan? ada rasa yg tak selesai disitu...
Tanpa Nama,
Hahaha... betul betul! Memang rasa camtu sangat. Haihhh... geram pun ada juga lepas habis baca :D
Catat Ulasan