Kekasih Untuk Dia
Nueen
ISBN: 9789671246108
Penerbit: Teratak
Kasih
Tarikh Terbit: Mei 2014
Halaman: 596
Harga: RM28
~ Rasaku… ~
Sampai ke sudah aku tertanya-tanya, si
Azian ni kerja apa sebenarnya? Kerani? PA? Tukang bancuh air? hoho..
Kalau KUD diibaratkan sebagai kopi. Aku akan kata kopi ini terlebih gula. Sangat! Sampai tenggelam rasa kopi hitam yang pahit tu.
Kalau KUD diibaratkan sebagai kopi. Aku akan kata kopi ini terlebih gula. Sangat! Sampai tenggelam rasa kopi hitam yang pahit tu.
Full review: 18/09/2014
Tak tahu mahu suka
atau tidak dengan naskhah ini. Aku blur
*wink*
Azian Yuhanis. Watak si
sengal-sengal ubi. Blur memanjang...
sudah banyak kali diberi hint, masih
lagi tak dapat tangkap. Ada rasa nak ketuk-ketuk kepalanya agar cepat tersedar.
Hazrul Effendi; sang
CEO yang jatuh kasih pandang pertama dengan pembantunya sendiri. Tapi, apakan
daya bila sang bunga yang dipuja lampi bebenar. Pelbagai cara sudah diatur,
tapi Azian masih Azian. Aduhai! Namun, ada sesuatu yang menghubungkan mereka
berdua. Siapa sangka, mudah pula urusan Hazrul untuk mengambil Azian sebagai
isteri.
Apa konflik mereka?
Ha, pandai-pandailah korang teka sendiri. Apa pun, kisah ni masih ada
watak-watak yang menjengkelkan hati, yang tak makan saman atau yang minta
pelempang laju-laju hahaha.
Dan, rasanya aku boleh
simpulkan yang aku suka kisah di awal-awalnya. Kisah sang bos nak jual minyak
dengan pekerjanya yang blur. Banyak
buat aku tersengih-sengih. Tapi bila dah masuk bab isi rumah tangga, mood membaca jatuh menjunam. Part double-meaning-gurau-senda-akhirnya-ke-katil
-- scene yang sama diulang-ulang
hampir setiap bab. ‘Dihidang’ banyak sangat, buat aku rasa annoying. Aduh! Berpinar-pinar biji mata.
Ps: Bukan klasifikasi
U... sila ambil perhatian!
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
nak let go tak novel ni? :)
Tanpa Nama,
Maaf lambat respons! Maaf saya tak jual.
Catat Ulasan