Cinta Sufi
Ramlee Awang Murshid
ISBN: 9789831245415
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: April 2010
Halaman: 509
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Aku bagi cadangan pada RAM -- kisah
Catalina boleh dijadikan sebuah novel yang lain. Kalau bukan Catalina, aku
pilih Indera. Sebab baik watak Catalina/Indera dalam buku seterusnya masih
dibayangi Sunan. Jadi, pastinya fokus lebih terarah pada sang Laksamana *wink*
Ps: Aku tak suka ending. Tapi yalah, dari ending baru ada kesinambungannya.. ya tak?
Ps: Aku tak suka ending. Tapi yalah, dari ending baru ada kesinambungannya.. ya tak?
Full review: 18/09/2014
Peperangan di bumi
Melaka. Macam baca buku Sejarah :D
Kali ni, pengembaraan
Sunan agak ‘melemahkan’. Sunan tak umpama Sunan yang gagah perkasa. Akibat
daripada pertembungan dua dimensi masa yang berbeza, kepulangan Sunan kali ni menyebabkan
kuasanya lumpuh.
Luna; cintanya terkurung dalam jiwa. Hidup
beribu tahun, siapa sangka kematian suami menyebabkan cinta kemudiannya jatuh
pada Sunan. Luna melihat perkembangan Sunan, dari dia tiada apa-apa hinggalah
bergelar sang wirawan terhebat. Namun, apa daya... bangsa Polip tak akan boleh
bersatu dengan manusia.
Catalina. Kerana mimpi ‘Mariam’, dia
sanggup berlayar hingga ke Hulu Melaka. Azamnya mahu bertemu dengan ‘lelaki
bertanduk dua’ yang seperti dikatakan oleh Mariamnya. Apatah lagi, sang suami
sudah gugur di medan perang. Catalina kini kehilangan punca.
Kerana mimpi, Catalina bertemu dengan
Sunan. Pertemuan yang memungkinkan segala-galanya. Saat nyawa Sunan di hujung
tanduk, datanglah Luna menyelamatkannya.
Apa kesudahannya? Sang
lima bersaudara saling bergandingan. Hajat Hang Tuah agar sahabatnya; Sunan
dicari agar mereka sama-sama dapat mempertahankan tanah Melaka, tanah yang
berdaulat.
Namun, apakah Sunan
mampu? Sedangkan kudratnya lenyap dan ditawan
penjajah yang menakluk Melaka. Dan, apakah Catalina
berjaya menemui Mariam yang dicari? Luna, apakah cintamu bisa hilang, wahai
srikandi Polip?
Teruskan membaca...
penuh aksi pengembaraan, disulam dengan rasa cinta dan pengorbanan. Janji
Tuhan, kebaikan akan mengatasi kebatilan.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan