Benci! Benci!
Benci!
Ayu Emelda
ISBN: 9789831247592
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 464
Harga: RM18
~ Rasaku… ~
Qisya Ammara [Qisya]
memegang janji setia dengan Akim semenjak sekolah. Datanglah lelaki sehebat
mana pun, dia tetap setia pada cintanya. Meyakini yang Akim akan mengambilnya
sebagai isteri, walau jauh di sudut hati tiada kesungguhan dalam kata-kata
Akim.
Dalam pada yang sama
Zarif Amri [Zarif] juga sudah lama menyukai Qisya. Sudah berapa kali risikannya
dihantar, tapi Qisya makin keras hati menolaknya. Ada sesuatu yang membuatkan
Qisya benci benar dengan Zarif. Tapi apa yang Qisya tak tahu, itu semua helah
sang Akim dan tempiasnya terkena pada Zarif.
Takdir mengubah
segalanya. Dalam benci, ada rasa bersyukur dengan kehadiran Zarif yang selalu
ada ketika Qisya memerlukannya. Bantuan yang dihulur Zarif pada keluarganya tak
mungkin terbalas. Lantas, tanpa dipaksa hubungan mereka terpateri dengan ijab
dan kabul.
Namun, ujian datang
menduga. Akim kembali memancing rasa simpati. Zarif sendiri gagal meneka kasih
sayang sang isteri. Sudahnya rumah tangga tak pernah tenteram, asyik dilanda
badai. Qisya sendiri sudah penat mahu meyakinkan sang suami. Hati makin
tercalar bila anak yang dikandungnya gugur akibat kekejaman Zarif. Qisya makin
menjauh. Mampukah Zarif menawan kembali cinta Qisya yang makin hilang?
Menyesal pun bagaikan
tiada guna. Itulah, kalau dari mula masing-masing berterus-terang kan lebih
mudah. Ini masalah makin meruncing, komunikasi makin kurang. Sesuka hati je
main teka-teka, syak wasangka dalam hati. Aduhai!
Sukarnya nak habiskan
cerita ni. Banyak kali juga kena berhenti dan gali kembali mood yang hilang. Mungkin, ceritanya yang agak sinetron -- penuh liku
sampai lelah dibuatnya hahaha.
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
komen: no comment. ;)
Soleh S,
Hahaha :D
Catat Ulasan