Bukan Kerana
Sayang
Amiza Anaz
ISBN: 9789831246863
Penerbit: Alaf 21 –
Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: April 2011
Halaman: 521
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Yang aku suka bila aku
membaca tanpa ada apa-apa expectation.
Lebih memudahkan untuk mengukur rasa puas hati, suka atau tidak dengan sesuatu
karya.
Kudos penulis. Lama rasanya tak dibawa
dengan feeling sebegini, perasaan
masa novel-novel Alaf 21 tengah in
dulu-dulu. Apa lagi dengan typo yang
minima, menyebabkan hati lebih tenang nak menghadamnya.
Premis cerita yang
mudah. Dibantu dengan teknik penceritaan yang simple. Si gadis; Qaireena Asyikin [Qaireena] yang cuba mengelak
daripada menjadi isteri ganti buat abang ipar, menjual nama bosnya; Kamil Ihsan
[Ihsan] sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan sang empunya diri. Difikirkan
itu jalan paling selamat. Manalah tahu tembelangnya pecah.
Ihsan si bossy yang sungguh menyakitkan hati
Qaireena. Bila rancangannya pecah, Ihsan makin suka menghuru-harakan hidupnya.
Tak habis di pejabat, ke luar pun cuba dikawal si encik bos. Tapi, apa yang
Qaireena tak tahu Ihsan sebenarnya sudah lama menyimpan rasa padanya, semenjak kali
pertama melihat gadis itu ketika usianya belasan tahun lagi.
Namun, tak mudah juga
jalan Qaireena bila sang abang ipar; Johan datang membuka rahsia kenapa cinta
mereka dikhianati. Dalam rasa benci, ada rasa kasihan pada Johan. Apatah lagi,
desakan orang tua yang seperti tiba-tiba memahami perasaan Qaireena yang
dulunya terpaksa berkorban demi kebahagiaan arwah kakaknya. Sebenarnya, aku tak
berapa berkenan dengan sikap orang tua Qaireena yang terlalu melebih-lebihkan
anak sulung mereka. Sedangkan si anak sulung pun tak semenggah.
Jadi apa kesudahannya?
Mampukah Qaireena menyambung semula kasih yang terlerai dengan Johan? Atau,
apakah hatinya kini sudah terusik dengan si dingin Ihsan? Dan, tegarkah
Qaireena berkorban sekali lagi hanya untuk membahagiakan insan-insan di
sekelilingnya?
Silakan membacanya.
Jangan risau, ending yang manis
pastinya buat para peminat novel cinta.
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
novel ini salah satu yang mengembalikan kepercayaan saya pada karya dari Alaf21.
haruslah dimiliki.
kikiki...
Soleh S,
Amboiii...ayat dia! hikhikhik
Tapi oklah, akak suka juga novel yang ni.
Catat Ulasan