Antologi Cerpen.
Lebih Indah
Fatrim Syah, Mesbo, Salleh
Kausari, AC Jaffrie, Muhamad Fazrin, Fadzlieo, Syafie Mahyani, Faizal Tukimin,
Mazz Shukeri, Eliyyah, Arepit Syafiq, Fendi Ameen, Ikmal Mahrip, Aidil Ryzal,
Aqmal Hakimi, Pena Senja, Asmar Shah, Harith Hakeem, Syah Shah, Ery Airiel,
Huzairul Ihsan, Aman Azrail, Alies Furqan
ISBN: 9789671279007
Penerbit: Rizque
Publishing
Tarikh Terbit: Julai 2014
Halaman: 453
Harga: RM30
~ Rasaku… ~
Tak seperti yang aku jangkakan.
Rupanya ini koleksi kisah cinta daripada perspektif lelaki :D
Rupanya ini koleksi kisah cinta daripada perspektif lelaki :D
Apa yang menarik? Hmm, ada yang menarik dan ada yang
biasa-biasa saja. Malah, ada beberapa cerpen yang aku baca 2-3 kali untuk
meyakinkan aku yang penulisnya lelaki. Goshh!
Tak sangka, kisah cinta di tangan lelaki pun ada yang melankolik bagai.
Kudos Syah Shah. Ceritanya yang
diletakkan sebagai appertiser memang tak mengecewakan. Ianya manis tanpa perlu
perasa tambahan. Begitu juga dengan catatan terakhir dari Fatrim Syah. Walaweiiii... tak puas dengan ending.
Apa pun, naskhah ini
masih tak mengecewakan walaupun pengeditan harus diberi perhatian sewajarnya
untuk keluaran yang akan datang. Bukan sedikit, malah ada sesetengah cerpen
yang buat mataku berpinar-pinar dengan kesalahan, nyaris nak ambil highlighter dah hahaha.
Jadi bila bicara
tentang cinta, rasanya tak payah cakap banyak. Korang kena baca dan laluinya
sendiri.
Dan ya, jangan letak
harapan tinggi seperti aku. Takut ada yang jatuh tergolek-golek bila ianya tak
kesampaian *wink*
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
*senyum* tak beli sebab tak cukup duit. :'(
Soleh S,
Owh! Nak beli masa pesta Selangor ya? Mau tak, akak kasi pinjam :D
Catat Ulasan