Tirai Dosa
Kelmarin
Arsha Wee
ISBN: 9789670657035
Penerbit: Love Novel
Publication
Tarikh Terbit: Disember 2013
Halaman: 874
Harga: RM33
~ Rasaku… ~
Nama Zarif Aimin tu cam best je hoho.
Full review: 26/06/2014
Reda, pasrah & memaafkan... agaknya yang mana lebih sukar untuk
dibuat?
Senyum.
Tanya hati anda!
Ok, bagaimana ya nak mula? Rebah-bangun-tidur-tergolek
semua ada dalam misi nak tamatkan perjuangan hahaha. Ya, ketebalan memainkan
peranan yang penting sebab aku ada masalah dalam nak memegang buku. Maklumlah,
aku ni membaca ala-ala Cleopatra gitu *wink*
Nur Imanina [Iman].
Iman Faliq [Faliq].
Zarif Aimin [Zarif].
Ada cerita yang berkait antara ketiga-tiganya. Iman yang berusaha keras
untuk bangkit setelah melalui episod hitam yang melukakan. Faliq yang dihimpit
dosa kelmarin. Dan, Zarif bagaikan jambatan yang mempertemukan mereka berdua kembali.
Aku suka pergolakan jiwa Iman yang dibuka sikit demi sedikit. Bukan
mudah untuk melalui takdir yang tercipta untuknya, tapi dia ampuh berdiri
dengan rasa dendam dan benci yang sarat dalam hati. Apatah lagi bila berdepan
dengan Faliq; lelaki yang menganiayainya satu masa dulu. Terbang semua perasaan
indah yang pernah singgah. Saat ini dia hanya mahu lari jauh-jauh dari Faliq.
Faliq sendiri tak menyangka. Mama Iman si Zarif itulah insan yang
dicari-cari selama ini. Bagaimana mahu menebus semua dosanya? Sedangkan Iman
tak mahu langsung memberinya peluang. Dan, Faliq, atas rasa apa yang tinggal
untuk Iman? Kasih atau kasihan? Dan atas dasar apa, lamarannya dibuat? Kerana
cinta atau hanya ingin memperbetulkan kesalahan silam? Jeng
jeng jeng... sila dapatkan naskhah anda!
Aku suka ceritanya walaupun ianya masih berpaksikan kisah
kahwin-paksa-rela. Tapi ya, adegan tarik tali agak melelahkan. Penat nak tunggu
Iman mengaku tentang rasa cinta yang ada buat suami. Haihhh... Menggunakan
nama panggilan yang sama untuk kedua-dua watak utama nampak unik, tapi ada masa
aku lost. Sering terjadi bila aku
berhenti seketika, dan sambung baca. Tapi, aku je la kot yang selalu blur dan lost tu hahaha.
Alunan bahasanya juga memadai, cukup membantu para pembaca larut. Tidak terlalu berbunga-bunga tapi masih
terasa kesannya. Part berbalas pantun dua kerat
tu aku suka, cute! Cuma, ceritanya agak
mendatar pada mulanya. Mungkin kerana bab awal didominasi oleh karakter Zarif
hingga menenggelamkan watak Faliq.
Dalam cetakan seterusnya, mungkin boleh diperbaiki perenggan antara
plot. Sedang kusyuk membaca, tiba-tiba ‘dialih’ pada scene lain. Eh? Eh?
Ulang baca balik, rupa-rupanya sudah masuk plot baru.
Dan, kalau pengulangan frasa/dialog yang sama berulang-kali dapat
dikurangkan, naskhah ini berhak dapat lebih bintang daripadaku. Selamat terus
berkarya!
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Salam, saya ada emel airina berkaitan review novel. Nanti cek dan reply ye. TQ
Salam Radz Izara,
Saya sudah reply emel puan ;))
Catat Ulasan