Secantik Anugerah
Sarnia Yahya
ISBN: 9789834347376
Penerbit: NB Kara
Tarikh Terbit: 2008
Halaman: 502
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Done!
Kononnya nak baca sikit-sikit, sekali habis. Rasanya lepas ni kalau tunggu si
enche, leh standby novel. Novel tebal pun takpe agaknya hahaha.
Yup, ni bukan review *wink*
Yup, ni bukan review *wink*
Full review: 18/06/2014
Berbual dengan
sahabat, katanya buku ini adalah tulisan pertama penulis. Waaa... mujur dapat beli walaupun buku di tangan bukan cover sebenar, hinggakan si enche
menegur akan kehijauan sampul bukunya hahaha.
Si isteri yang terlalu
setia, meletakkan sepenuh jiwa dan raga pada suaminya hinggakan di satu saat,
dia dibuang ke tepi. Alahai! Sadis benar ujian yang menimpa Aisya. Diceraikan
ketika baru keguguran, dan suami; Azri bertindak mengahwini wanita lain. Walaupun secara mudahnya jodoh yang mengikat mereka sudah berakhir
tapi jujurnya, aku masih tidak dapat terima Azri bertindak sedemikian tanpa
berbincang dan berterus-terang dengan isteri sendiri. *sigh*
Aisya. Sukar untuknya
bangkit. Walaupun dah bertahun, sisa cintanya masih ada. Hinggakan dia membina
tembok tinggi-tinggi dalam hati, menghalang sesiapa saja yang mahu
mengintainya. Tapi, Encik Firdaus nampaknya bersungguh benar. Dia sendiri
pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinannya yang lalu, maka kehadiran Aisya
bagaikan anugerah buatnya.
Sekali Aisya memasang
tekad, dia tidak berundur. Lamaran Firdaus diterima walaupun pada mulanya dia
sendiri tidak yakin. Tapi masa memang mengubat segalanya. Dalam tak sedar, dia
jatuh cinta pada gaya Firdaus yang pandai mengambil hatinya. Pada Firdaus
disandarkan kepercayaan agar tidak meninggalkannya lagi. Rasa insecure Aisya sepanjang di sisi Firdaus
agak melelahkan aku. Mungkin kerana aku diajar agak menyimpan sedikit rasa
kebergantungan itu. Sebab di saat kita jatuh, dengan rasa yang sedikit itulah
pemangkin untuk bangkit semula.
Sedikit konflik di
hujung cerita buat penambah rencah. Apatah lagi dengan terbukanya rahsia yang
melibatkan keruntuhan rumah tangga Azri-Aisya, yang bersangkut-paut dengan
keluarga Firdaus. Jeng jeng jeng...apakah?
Sila dapatkan naskhah anda!
Kesimpulannya, garapan
pertama yang tak menghampakan. Agak dramatik dan kalau ianya lebih tebal, aku akan
kata ia seakan-akan telenovela. Tapi, aku tetap enjoy menikmati ‘hidangan’ ini. Disampaikan dengan cukup santai
walaupun penuh dengan momen sedih. Dan, buat para peminat Kak Sarnia, harus
beli untuk melengkapkan koleksi anda ya!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan