Saka
Abdul Rahim Awang
ISBN: 9789838930604
Penerbit: Creative
Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga 2001
Halaman: 389
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
3.5*
ARA memang tak pernah menghampakan aku. Cuma kali ini, kisah PKM dan MPAJA buat kepalaku berselirat. Biasalah, si lemau Sejarah *haihhh*
ARA memang tak pernah menghampakan aku. Cuma kali ini, kisah PKM dan MPAJA buat kepalaku berselirat. Biasalah, si lemau Sejarah *haihhh*
Full review: 26/06/2014
Ini memang bukan novel
berpaksikan cinta, tapi kalau sesekali mahu lari daripada lambakan novel cinta,
bolehlah cuba.
Seperti kata teman-teman
GR, aku sendiri tertipu dengan tajuknya. Ingatkan ada kaitan, rupanya jauh
tersasar. Tapi aku tersedar sendiri. Selama ini aku disogokkan dengan saka adalah istilah yang digunakan untuk
makhluk halus (jin dan syaitan) yang diwarisi dari keturunan. Sedangkan, Kamus Dewan mentakrifkan saka sebagai leluhur (keturunan) daripada sebelah emak;
manakala saka baka pula ialah leluhur daripada kedua-dua belah pihak iaitu ibu
dan bapa. Ha, jadinya aku simpulkan tajuknya sudah menerangkan isi ceritanya.
Cukup simbolik. Cayalah!
Halaman pertama sudah
buat rasa ingin tahuku naik. Siapa??? Kemudian, barulah penulis menjelmakan
watak Dino yang kehilangan datuknya; Pak Samad. Datuk Dino yang ditempatkan di
rumah penjagaan orang tua dikatakan telah melarikan diri. Mengikut logik akal,
tak mungkin datuknya yang sudah berusia hampir 89 tahun itu bisa berbuat
sedemikian. Apatah lagi dengan keupayaan kesihatan datuknya, yang disahkan
sudah nyanyuk.
Tapi, itulah yang
terjadi. Dino buntu mahu mencari ke mana pergi satu-satunya keluarga yang dia
ada. Info terbaru daripada pihak polis yang mengatakan datuknya kemalangan di
Pulau Pinang lebih mengejutkannya. Apa urusan datuk sampai ke sana?
Penemuan diari datuk
sepertinya mahu memberitahu Dino sesuatu. Kematian datuk secara tiba-tiba di
hospital menguatkan lagi tekaannya. Walaupun sedar kebarangkalian Pak Samad
untuk hidup adalah tipis, Dino merasakan ada sesuatu yang tak beres tentang
keluarganya. Dan, semua ini ada kaitan dengan Dato’ Nasir, doktor berpengaruh
di Pulau Pinang. Dino tahu dia perlu melakukan sesuatu. Tapi, benarkah Ng Kheng
Chew dan Dato’ Nasir orang yang sama seperti mana sangkaan datuknya?
Memasukkan elemen
Sejarah harus dipuji. Disampaikan dengan secara tidak langsung, iaitu dalam diari
untuk Dino. Seperti Dino, aku juga sama gigih mencari maklumat tentang MPAJA
dan PKM hahaha.
Konfliknya sudah penuh
berselirat - komunis, pengkhianatan, pencarian dan pembunuhan. Tapi ending? Kecewa juga bila titik akhirnya
begitu saja. Kalau ianya diperkemaskan lagi, aku akan lebih suka.
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
semangat novel ni terserap dalam review akak...haha
donworibehepi,
Hahaha...kuseru semangat ni dik S :P
Catat Ulasan