Dia Idaman Hati
Nadra Yasmina
ISBN: 9789673651252
Penerbit: Fajar Pakeer
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 510
Harga: RM21
Halaman: 510
Harga: RM21
~ Rasaku… ~
Alhamdulillah, Sabtu sangat baik
kelakuannya semalam hahaha *wink*
Ini memang bukan review.
Ini memang bukan review.
Full review: 07/04/2014
Aku suka buku ni sebab ada rasa nostalgia.
Eh! hahaha :P Macam dulu-dulu, masa baca buku keluaran Alaf 21/Creative, yang
suka kongsi banyak info daripada perbualan. Tak ramai penulis kini yang boleh
beri perincian sebegini, yang selalunya aku jumpa pada karya-karya penulis
otai.
Begitu juga dengan adab yang cukup dijaga
dalam DIH. Penulisnya tahu apa yang perlu dan tak perlu dalam menggambarkan isi
rumah tangganya. Senang cerita, buku ni boleh dibaca oleh umum.
Kalau ikutkan, premisnya mudah saja. Ringkas
dan tak memeningkan kepala. Dan aku sangat sukakan hubungan Asma-Jeffrey yang
dibina bukan atas dasar i-love-you-ketat-ketat. Tidak. Pada rasaku, ianya
dibina atas dasar percaya. Alaa.. faham-faham sendiri lah *wink*
Dan, tahu tak kenapa hidup ni best? Sebab
kita ada pilihan untuk menentukan apa yang kita mahu. Sama seperti Jeffrey yang
memilih untuk bahagia dengan Asma, padahal dia sendiri cinta separuh mati pada
Lilac. Begitu juga dengan Asma, yang memilih untuk jatuh cinta dengan Jeffrey,
mamat beku tiada perasaan merangkap majikan tempatnya bekerja di hujung minggu.
Walaupun Jeffrey ada misi tersendirinya,
tapi dia masih tetap untuk memilih Asma hingga ke hujungnya. Opps, terbuka the
whole story nampaknya hahaha :P
Tapi ya, aku suka cerita ni. Itu
kesimpulannya.
Ps: K, si Lilac ni setangga kurang sikit je
daripada Ain tu. Haihh... *wink*
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Kenkadang, saya tak boleh hadam novel2 terbitan Fajar Pakeer. Terlalu muda untuk saya. Sesetengahnya agak baik...tp penulis yang muda-mudi,ohmai~~pening tengok bahasanya.
ps: bukan komen utk novel ni. InsyaAllah cuba nanti, siapa tahu?
Happy Mind,
Akak pun tak rajin beli novel FP. Dulu suka beli mini novellanya..ha tu memang rajin :))
Ps: Cuba baca ini, tapi dik cam biasa taste kita semua lain-lain.
Catat Ulasan