Syamnuriezmil
ISBN: -Penerbit: Syamnuriezmil – Self Publishing
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 249
Harga: RM25
Halaman: 249
Harga: RM25
~ Rasaku… ~
Comel. Manis.
Aku guna dua perkataan tu sebagai review. Aci tak? ;P
Ini kompilasi 9 cerita pendek yang diterbitkan dan dijual oleh penulisnya sendiri. Tak dapat di mana-mana. Hanya ada di blog penulis.
Cerpen yang paling aku suka;
Secangkir Kopi Dan Kisah Cinta
Si dara yang suka minum kopi, dihulur telefon bimbit dengan alasan ada seseorang yang akan menelefonnya. Memang gila. Tetapi lelaki itu rupanya sudah lama memerhatikannya dalam diam. Daripada tak nak, akhirnya si dara lembut hati dan mereka menjadi kawan kopi. Bertemankan kopi, mereka saling berkongsi cerita. Sedih dan gembira. Aku suka dengan pendapat penulis tentang konsep perlu dan mahu.
Tuhan berjanji untuk memberikan kita, apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu [page 75]
Hanya 8.20 Saat
Pertama kali aku tahu tentang kajian 8.20 saat ni. Serius. Antara nak percaya atau yakin hikhikhik Aku suka kisah ini. Kisah mereka yang jatuh hati pada pandangan pertama. Kisah Encik Ariqin yang memuja Ain Madihah sejak hari pertama mereka bersua walaupun si Ain Madihah tu tak pernah perasan akan kehadirannya. Kasihan! Daripada 8.20 saat menjadi tiga tahun ngee~
Ada dua cerpen iaitu Rindu Serindu Rindunya dan Rendang Mak Tok Ketupat Tok Ayah ditulis melalui sisi seorang lelaki. Mungkin mahukan kelainan tapi padaku agak kurang rasa tetapi ia masih cerita cinta comel yang manis. Yay!
Cerpen lain masih memikat..dan aku memang tak dapat lari daripada mengatakan ini koleksi kisah cinta yang comel. Walaupun penulis banyak guna perkataan ‘ciskek’ dan ‘mati tegak’, dengan loghat utara yang masih boleh difahami. Jangan risau. Aku boleh je baca, pastinya yang lain pun boleh tangkap maksudnya.
Cuma mataku sedikit lelah nak membaca. Saiz tulisan lebih kecil berbanding novel biasa. Tapi disebabkan kisahnya comel, aku gagahkan jua *wink*
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Tak aciiii~~
nak jugak koleksi ni. Banyak kali saya try order kat Syamnuriezmil blog ~sampai sekarang tak de berita. sampai rasa give up dah. Penangan limited edition agakya, haha~ Nasib baik cerpen2 tu dah pernah baca. So, tak ralat sangat. Cerpen 8.20 Saat itu antara fevret, rasanya pernah baca kat p2u.
ps;macam mana akak boleh dapat? ada kabel ek...
Happy Mind,
Akak takde kabel dik oi ;P Masa nak beli tu kena queue order juga. Few days until dapat email yang boleh isi borang order. Lepas bayar, dapat email confirmed dan tunggu je la depan rumah :))
nanti ada eh, keluaran OCTOBER, kompilasi cerpen dan mini novel. soon. inshaAllah.
syamnuriezmil,
Terima kasih Cik Penulis kerana sudi memberi penjelasan :))
Catat Ulasan