Atikah Yusof
ISBN: 020
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 11 Bab
Harga: -
~ Rasaku… ~
2.5*
Cerita yang disampaikan dengan cukup mudah. Tak perlu fikir banyak dan sememangnya apa yang dijangka akan berlaku. Masih ada manisnya tapi kerana dah baca terlalu banyak kisah seperti ini, aku mungkin demand lebih hahaha
Sharifah Mia Athirah [Mia] dan Syed Irfan Daniel [Irfan] dikahwinkan atas aturan keluarga masing-masing. Tiada bantahan daripada kedua-duanya walaupun sebenarnya si pengantin perempuan tak setuju. Dia rasa dirinya masih muda. Masih ada banyak perkara yang belum dicapainya.
Namun sebagai anak, Mia mengikut dengan syarat. Amboi! Pakai syarat segala tetapi sudahnya syarat-syaratnya entah hilang ke mana. Mia mudah lembut hati kerana suaminya; Irfan teramatlah baik. Kemunculan Mikhail menyebabkan Irfan rasa sesuatu. Baru dia mengerti, sebenarnya dia sudah jatuh hati pada sang isteri.
Mia ni pula dek kerana banyak ragam, tak pernah cuba pula untuk memahami. Namun bila dah ditinggalkan oleh Irfan... ala bukan tinggal betul-betul, cuma Irfan ke luar negara atas urusan kerja. Baru si Mia gelabah. Selama berkahwin memang tak pernah kena tinggal. Ha, baru masuk hari ketiga sudah demam rindu! Masa ni baru faham apa maksud ‘Aku Cinta Kamu 3 Hari’ tu ;))
Tak banyak kesalahan ejaan tetapi rasanya kena lebih prihatin apabila menulis nama khas - besar/kecil hurufnya. Apatah lagi bila nama watak hero dan heroin panjang yang amat dan diulang sepenuhnya di setiap ayat. Aku sendiri pun jadi letih nak baca *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan