Qaseh Qistina
ISBN: 016
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 16 Bab
Harga: -
~ Rasaku… ~
Ini kisah anak gadis; Nur Amira [Mira] yang berasal daripada keluarga sederhana. Baru menamatkan SPM dan sedang berkerja sementara menunggu keputusan melanjutkan pelajarannya ke universiti. Bertemu dengan hero – Hareth Ziqriey [Hareth] yang agak menyakitkan hati tapi handsome!
Takdir sudah tertulis, Mira bertemu lagi dengan Hareth. Kali ini apa yang mengejutkan si Hareth rupanya pensyarah di kampusnya. Dalam diam Mia mengakui karisma Hareth lebih menyerlah. Yalah, pensyarah katakan. Hubungan mereka berdua pula semakin membaik. Makin rapat hinggalah Mira memasuki alam kerjaya dan bergelar pensyarah juga.
Di tempat baru, Mira bertemu dengan Fakhrul; teman sekerjanya. Dan saat Fakhrul meluahkan perasaan, barulah Mira menyedari yang hatinya bukan miliknya lagi. Wah, Mira sudah jatuh hati!
Memang tak susah pun nak teka kan siapa pilihan hati Mira ni. Cuma masalahnya bila memuja insan yang tak pernah mengaku mencintainya. Oh! Jangan stres. Ini kisah biasa yang disampaikan dengan mudah dan ada penamat yang manis.Yay!
Kalau penulis boleh hampir sempurna dalam menjaga ejaan dan tatabahasa, rasanya tak salah kalau penggunaan ‘tue’, ‘yea’ dan ‘nie’ dielakkan sama sekali ;))
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
terima kasih atas ulasan awak yang memberikan semangat...salam singgah.:D
Salam Fyda Adim,
Sama-sama. Selamat terus menulis :D
Catat Ulasan