ISBN: 9789670374192
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: 23 November 2012
Halaman: 245
Harga: RM17.90
Halaman: 245
Harga: RM17.90
~ Rasaku… ~
Orang kata kena baca Ngeri dulu baru boleh
selesa dengan Mangsa. Hmm, aku rasa tak perlu. Kalau sesiapa baca Mangsa dulu
pun tak mengapa. Sebab kedua-duanya ada cerita berbeza cuma ya, akan
tertanya-tanya kenapa dan mengapa si pembunuh itu suka berkelakuan sebegitu? Masalah
mental kah?
Dimulakan dengan kisah Natalia dan Nazwan.
Dua sahabat baik yang sudah melepasi garisan persahabatan tetapi berlagak
seperti tiada apa-apa. Bila penat mengusung rasa tiada apa-apa itu, Natalia
cuba menjauhkan diri daripada Nazwan. Ada rasa yang perlu dibereskan dengan
caranya yang tersendiri dan di sini lah tragedi mangsa dibongkar satu per satu.
Aku suka bila tragedi dibawa nun di Kuala
Lipis [dah dekat dengan rumah aku tu kih5]. Lari daripada kesibukan kota,
memungkinkan kejadian itu benar-benar berlaku dan sekaligus meyakinkan aku
pemangsa itu betul-betul wujud. Gerun aku bila membayangkan pemangsa yang
sebegitu.
Dan aku juga suka bila kali ini kita tak
dihidangkan dengan kisah polis Malaysia yang korup. Kewujudan Inspektor Rashid
dan Detektif Minho yang begitu komited dengan tugas mencari
mangsa hilang. Tak lupa Detektif Hema. Ha, para pembaca yang terlepas novel
sebelumnya akan berasa sedikit terganggu sebab nak tahu kenapa Detektif Hema
begitu obses mengejar Rehan. Sama seperti Rehan yang begitu obses mencari
mangsa. Tapi, dalam masa yang sama bukankah mereka yang belum membeli Ngeri
akan terus pergi beli. Wah! Strategi marketing tu.
Aku lebih suka novel ni daripada
sebelumnya. Mungkin kerana aku sukakan watak Hani dan Jo. Kawan tak kenal
siapa. Heh! Mungkin. Cuma sayangnya bila saja lihat kelibat Rehan, aku sudah
dapat meneka pengakhirannya. Jadi rasanya lebih elok ada penamat yang lebih bagus
untuk Rehan. Sudah dua kali, mudah pula dia terlepas. Sungguh tak aci kih5 ;P
Ps: Nama anak Inspektor Rashid buat aku
tersengih sendiri. Bukan kelakar tapi entah... *wink*
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
hehehe...tapi pendapat aku ngeri kene baca dlu.. mmg kalau baca mangsa stil boleh faham.. tapi watak rehan dlm Mangsa akan jadi lebih menarik kalau Ngeri dibaca dulu :D
Shaqir Ir Manz,
Hee ;)) Tapi nanti bila dah baca dulu, mungkin kita dah dapat teka apa & bagaimana tindakan Rehan...kan?
Catat Ulasan