Iqbal Syarie
ISBN: -
Penerbit:
http://iqbalsyarie.blogspot.com/
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 373
Harga: -
~ Rasaku… ~
Seorang ibu sanggup berdegil dengan berlapar, agar anak-anaknya kenyang.
Seorang ibu sanggup berdegil dengan kesusahan, agar anak-anaknya nanti akan senang.
Seorang ibu sanggup berdegil dengan keletihan, agar anak-anaknya tidur dengan tenang. [page 315]
Seorang ibu sanggup berdegil dengan kesusahan, agar anak-anaknya nanti akan senang.
Seorang ibu sanggup berdegil dengan keletihan, agar anak-anaknya tidur dengan tenang. [page 315]
Pertamanya aku tak
mahu kata ianya cerita islamik kerana penulis sudah menyisipkan pandangannya
tentang cerita islamik. Mahu tahu? Ha, sila download! ;))
Ini kisah Razif [Ajib]
yang memasuki fasa perubahan. Ya, memang agak klise bunyinya. Tetapi dek kerana
di awal babnya, ia membawa kita mengenali si comel Nuruddin yang menjumpai
sekeping gambar dan kemudiannya sibuk bertanyakan uminya siapa gerangan orang
jahat di sebelah nenek dan uminya. Permulaan yang baik aku kira kerana di sini
lah nanti kisah BLS ini bermula.
Ajib anak muda biasa.
Bertemankan Syed Arman [Arman] yang biasa-biasa juga tetapi punya sahsiah
peribadi yang cukup tinggi. Seorang cikgu Matematik yang petah berbicara
tentang Islam dan sejarahnya. Ajib sangat menghormati Arman akan kepintarannya
berhujah walau ada juga sesekali rasa menyampah dengan Arman yang suka
mengajaknya solat berjemaah di surau.
Namun hubungan
persahabatan itu tak pernah goyah. Walaupun ketikanya pinangan Arman untuk
Murni ditolak sebaliknya Murni mahukan Ajib, hubungan itu masih kekal utuh.
Wah! Ini bukan kisah cinta tiga segi ya.
Eh! Tentang fasa
perubahan hidup Ajib tu aku tak perlu cerita. Boleh baca saja. Tak seronok lah
nak cerita semua. Walaupun aku kira ianya cerita klise, tetapi ianya masih
menarik. Aku suka dengan isi-isi di setiap halaman. Ada tentang isu poligami,
pengharaman rokok, syiah dan penerangan soal solat Jamak & Qasar. Jangan tak
tahu isu Lynas pun ada. Ada beberapa lagi pandangan dan nasihat yang
dilontarkan. Tinggal kamu yang hanya perlu pilih mahu kutip pandangan itu atau
tidak.
Seperti karya online
lain, BLS juga tak boleh lari daripada masalah ejaan dan beberapa kali tertukar
nama Ibu Suri dengan Ibu Murni. Hmm, ada masanya novel bercetak pun ada masalah
yang sama. Jadi, aku pejam mata sajalah *wink*
Happy reading (^-<)
10 ulasan:
Saya dah baca.di muka surat pertama pun ada salah juga.mula kata minum teh kemudian minum kopi dan ada beberapa kesilapan ejaan dan nama yg tertukar pd watak2 dlm novel itu.Tp tu semua blh dimaafkan lagi sbb sy sgt sukakan gaya penulisan beliau.Bukan Lelaki Syurga lebih santai dr 2 novel beliau yg sebelum ini.sy harap e-novel beliau ini dpt diterbitkan tidak lama lagi.
Tanpa Nama,
Wah! Peminat Iqbal ni ;))
Oh! Akan diterbitkan ke?
Ya, diakui memang yang ini lebih santai. Mungkin kerana ianya untuk bacaan online ;))
Setahu sy dia ada cuba hantar unt diterbitkan.tp tak tahulah sama ada diterima atau tidak.yup..sy peminat dia.bg sy susah nak cr penulis novel dakwah yg blh menarik minat org membaca novel mereka.dia penulis yg bagus.semoga dipermudahkan segala urusannya unt novel ini.amin...
Tanpa Nama,
Mudah-mudahan. Moga dipermudahkan segala-galanya ;))
Kalau suka pengisian dalam novel, tarbiah misalnya boleh cuba juga tulisan saudara Hilal Aysraf. Menarik & memikat juga :D
O..ada cadangan buku apa yg bagus dr Hilal Asyraf?sy tak pernah baca buku beliau.
Tanpa Nama,
Saya sendiri baru start 'kenal' penulis tu. Saya baru je baca 3 buah bukunya. Boleh klik label Hilal Asyraf untuk lihat :D
Terima kasih:)
Sama-sama. Selamat membaca!
Harapnya nanti awak akan tinggalkan nama ya encik/cik Tanpa Nama ;))
Insyaallah..suatu hari nanti sy akan tinggalkan nama saya di sini*Cik Tanpa Nama*
*Cik Tanpa Nama*,
InsyaAllah. Saya nantikan ;))
Catat Ulasan