Khairul Nizam Khairani
ISBN: 9780674010669
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Oktober 2012
Halaman: 320
Harga: RM19.90
Halaman: 320
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
Ini kali pertama rasanya aku baca karya
berbentuk sci-fi begini. Jadi, rasa suka itu sudah menari-nari dalam hati
semenjak aku menyelak halaman pertama. Dan aku makin jatuh cinta bila saja otak
dan hati berjalan seiring menghadam naskhah tuan penulis *wink*
Gergasi ni bagaikan Optimus Prime yang
tersesat di Tanah Melayu. Aci tak kata begitu? hahaha5 Begini, pada sekitar
tahun 1511, kota Melaka diserang oleh askar Portugis. Ketika kerusuhan itu
muncul Batara Waja; gergasi misteri yang membantu para hulubalang Melaka.
Namun, dalam bertempur itu, tiba-tiba saja Batara Waja hilang. Tiada yang tahu
siapa, di mana dan ke mana gergasi itu datang dan pergi tetapi nama Batara Waja
meniti bibir para rakyat tempatan.
Melangkaui abad ke 21, bandaraya KL
digemparkan dengan kemunculan gergasi yang seolah-olah membantu pihak polis
menangkap penjenayah. Ketika ini lagenda Batara Waja diperkatakan kembali.
Rizal; seorang pemuda biasa-biasa mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan dengan
gergasi tersebut. Dia sememangnya bukan lelaki yang boleh dianggap hero. Yalah,
dalam cerita ni asyik pitam saja dan selalu dipermainkan oleh rakan sekerjanya.
Namun suatu hari, muncul Hu Xien yang menyatakan Rizal bahawa dia adalah
pewaris Gergasi tersebut...jeng jeng jeng...
Hmm... agak mengejutkan aku sendiri bila
aku pilih Gergasi melebihi Pecah, Kelabu & Murtad. Mungkin kerana ia
mengingatkan aku pada gaya RAM. Oh! Baik, aku tak boleh membandingkan dua
penulis ini kerana mereka berdua sememangnya ada stail yang tersendiri ;D
Tetapi aku suka bila penulis berjaya buat
aku percaya pada jalan ceritanya. Percaya pada asal usul penciptaan sut perisai
luar biasa – DEMON, sepertimana rasa percaya pada sang Batara Waja itu wujud.
Begitu juga dengan nilai persahabatan yang diangkat dalam cerita ini.
Persahabatan antara Anwar-Rizal dan Rizal-Nathan, serta Zohaimi-Hamka-Samsudin.
Sahabat tak kenal hitam atau putih. Heh! Tiba-tiba aku kagum dengan Zohaimi
*wink*
Apa pun sang hero; Kapten Aman yang ada di
awal dan akhir cerita buat aku lebih teruja. Ala... saja la kan kau rina
*gedik* kih5 ;P
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Hi there...
Baca review hang ni mcm best je.
Mesti cari satu ni.
Nor Arinee Mat Saaud,
Jangan terpedaya dengan ulasan saya. Maklumlah rasa antara kita berbeza ;)
Apa pun selamat mencuba!
Saya teruja nak baca novel ini. Baru 10 halaman - sudah tutup. Bukan selera saya nampaknya.
Pei Pan,
Hee ;)) Ya, mungkin tak kena dengan selera awak ;))
Ps: Hai!!!!! ;))
Catat Ulasan