Khairulnizam Bakeri
ISBN: 9789671038413
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Mei 2011
Halaman: 335
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Selepas Kelabu, aku merasakan Pecah adalah keluaran terbaik Buku Fixi. Ia bukannya novel klise tetapi ia menghimpun seribu satu rasa. Sarat dengan aksi dan drama. Membuatkan aku tak henti-henti untuk menyelak halamannya satu per satu *wink*
Kalau ikutkan, sinopsis cerita ini mudah saja. Kisah 4 orang rakan yang merompak Bank CIMB Shah Alam. Herman, Alan, Radi dan Don sempat melarikan diri dengan wang yang dirompak. Malangnya Alan ditembak pengurus bank, Kazim. Sedikit mencacatkan rancangan rompakan mereka tetapi Herman yang bijak ada banyak helah. Alan dihantar ke hospital. Mereka bertiga pula hilang menyembunyikan diri. Plan B sudah diatur. Bravo!
Motif rompakan itu berpunca daripada dendam. Herman berdendam dengan Kazim yang bukan saja menghancurkan bisnes mereka tetapi juga dengan membawa Anida pergi. Lidya yang bersetuju membantu Herman juga berbuat sedemikian kerana dendam lamanya pada Bakar. Apa kaitannya kisah rompakan dengan dendam peribadi mereka? Baca... mulakan membaca Pecah. Di situ rahsianya akan terbongkar.
Kepada mereka yang tak biasa dengan genre sebegini, aku rasa tiada masalah juga untuk menghadam novel ini kerana naratif Pecah yang bergerak pantas. Plotnya disusun kemas. Tiada kisah yang meleret-leret yang bikin kamu bosan. Penggunaan teknik imbas kembali juga amat berkesan. Ianya membantu para pembaca lebih arif dengan apa yang terjadi. Aku suka ending. Sayu dalam debar. Tak percaya dan tak disangka 'rahsia' Lidya juga rupa-rupanya sudah 'pecah'.
Aku sarankan anda mencari novel ini. Membaca sesuatu yang berlainan. Walaupun mungkin ada yang berkata buku-buku Fixi ini tak 'sesuai' dibaca kerana merosakkan minda. Kelakar. Orang kita memang suka dan terlalu cepat menghukum. Membaca Pecah tidak 'sekotor' yang aku fikirkan. Adegan cinta berahinya hanya suku daripada apa yang dipersembahkan dalam novel cinta berbahasa Inggeris.
Oh ya! Pecah akan difilemkan. Apakah ianya akan 'pecah' panggung? Nantikan!
Happy reading (^-<)

2 ulasan:
cete ngeri pun best.... buku fixi juga,,,... =)
mumui,
Sudah baca Ngeri, best tetapi tidak terlalu memikat. Saya pernah baca kisah yang lebih ngeri daripada Ngeri ;)
Catat Ulasan