JUDUL: WASILAH CINTA WEERA
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD
~ Rasaku… ~
WCW membuka satu persepsi baru. Menyedarkan aku tentang cinta dan persahabatan. Dalam persahabatan memang adanya cinta dan cinta itu adalah suatu anugerah daripada Ilahi. Namun andainya ada cinta antara dua lelaki pastinya hati kita akan terselit rasa kurang selesa. Ini kerana kita selalu saja disogokkan yang hubungan cinta antara sesama lelaki bukanlah sesuatu yang normal. Namun dalam novel ini ia dikupas dengan baik sekali supaya kita memahami apa itu cinta yang terjalin antara golongan Adam dalam konteks persahabatan.
Tajul Aweera [Weera] seorang lelaki yang cukup sempurna. Bukan sahaja baik, kacak, kaya dan bijak malah karismanya sebagai seorang lelaki memang sangat terserlah. Kesempurnaan itu membuatkan Sari Ayu [Ayu] rasa kerdil untuk berdamping dengannya. Apatah lagi mereka berkahwin bukan kerana cinta. Weera mengahwini Ayu di saat-saat akhir apabila gadis itu ditinggalkan oleh tunangannya, Firdaus.
Perkahwinan mereka banyak geloranya. Walaupun tanpa sebarang rasa pada mulanya, akhirnya Weera menemui cinta di dalam hati isterinya. Namun dek kerana hasad dengki, Ayu mudah sangat diperdaya. Perhubungan yang terjalin erat antara Weera dan Ray sering disalah anggap. Dia mencurigai persahabatan antara mereka walaupun sudah terang Weera mengakui yang dia amat mencintai Ayu. Mungkin kerana hasutan dan juga fitnah yang ditabur oleh Firdaus menyebabkan rasa percaya Ayu goyah.
Namun dugaan yang melanda Ray mula membuka mata nurani Ayu. Benarlah, persahabatan yang terjalin antara Ray dan suaminya adalah ikhlas kerana Allah. Cinta sesama manusia yang dia sendiri gagal untuk mentafsirkannya. Sedangkan cinta itu terlalu besar maknanya. Ayu mula mengerti akan hal itu. Apatah lagi apabila mendengarkan sejarah hidup Weera yang dahulu. Betapa Ray itu penyelamatnya, yang membentuk Weera menjadi 'orang' di masa ini.
Tetapi ujian itu ada di mana-mana. Di saat Ayu mula menghargai persahabatan suaminya, Ray dijemput pergi. Kehilangan itu terlalu menyakitkan. Weera terlalu patah hati dan aku kira nasibnya sungguh baik kerana memiliki seorang isteri yang memahami. Namun rumah tangga Weera dan Ayu memang banyak dugaannya. Si Firdaus yang memang busuk hati punya rencana yang berbagai-bagai. Mampukah Weera dan Ayu bertahan?
Cerita ini ada kelasnya tersendiri. Membawa kita melihat cinta dari sudut yang berbeza. Aku juga perasan gaya penulisan Kak Rose juga sudah berubah. Tahniah :)) Cuma rasanya ada adegan-adegan dewasa yang diselitkan tidak begitu sesuai untuk anak remaja. Tetapi aku tetap ingin sarankan agar kamu membaca naskah ini. Silalah hayati cinta Weera ini kerana mungkin di saat itu kita akan dapat mengenal apa itu cinta yang sebenarnya. Membawa kita merasai apa itu cinta di antara mereka sekaligus bertanya dalam hati, apakah cinta kita ikhlas kerana Allah atau hanyalah godaan nafsu semata-mata. Selamat membaca :)
Tajul Aweera - Aku mahu ada dekat denganmu. Selalu ada dalam hati dan batinmu, aku mahu ada dalam setiap doamu [page 168]
Happy reading (^-<)
4 ulasan:
Ye, betul, cinta bukan terhad kepada cinta sesama lelaki dan perempuan, tapi lebih kepada sesama manusia tanpa mengira jantina tetapi mengikut syariat yang telah ditetapkan. Hurmmm, novel ni dah tak jual dah kat pasaran. Tapi ada lah baca beberapa sikit bab2 dari blog Kak Rose. Sangat bestt!!! :D Huhuhu! Tak ada rezeki nak baca. Akak tak nak jual ke novel ni atau pinjamkan kat saya?? Hehehehe.... kepingin nak baca :)
Ezatul,
Hihi..taklah nak jual sebab buku tu dah nak lunyai pun dik. Gara-gara asyik ulang baca haha :D
Tapi kalau nak pinjam boleh je!
Novel pertama yang saya baca masa persekolahan. Best novel in malay as for me
Unknown,
Hee.. kan? Ramai yang suka sebenarnya :D
Catat Ulasan