JUDUL: AKU BUKAN BILLY MILLIGAN
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD
~ Rasaku… ~
ABBM terasa lain benar daripada garapan Kak Yati sebelum ini. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan nama watak yang biasa-biasa dan agak klasik tetapi dalam novel ini dua watak ini kelihatan agak gah namanya. Laura dan Adam. Terasa bagaikan watak dalam novel Inggeris saja :P
Laura; gadis Melayu tau walaupun keadaan fizikalnya saling tak tumpah seperti anak orang putih. Ibunya pernah berkahwin dengan orang kaya tetapi suaminya pergi meninggalkan keluarga mereka begitu saja. Disebabkan itu Mak Eton tak suka dengan orang kaya. Gambaran watak Laura seakan-akan sama dengan watak-watak heroin NB sebelum ini. Gadis sederhana yang selamba dan gigih mengharungi hidup.
Laura berkawan dengan Yazir, anak orang kaya di kampusnya. Sayangnya hubungan itu putus kerana ibu Yazir sudah ada pilihan hati. Ibu Yazir siap bagi duit pada Laura supaya tinggalkan anaknya. Memang tak sangka sungguh si Laura ni boleh ambil duit tu. Sampai buka syarikat sendiri lagi hahaha
Kerjaya barunya membawa dia bertemu Adam. Lelaki ni kerjanya perunding saham yang dah memang established. Adam berminat untuk membeli Teratak Alam. Bekerja dengan Adam sedikit melelahkan. Melayan Adam yang beku, suka berprasangka dan mulut yang agak lepas memang menyusahkan Laura. Tetapi sebenarnya Adam menjadi sedemikian kerana kepahitan yang dilaluinya semasa usia kecilnya. Ayahnya seorang kasanova dan kaki judi sering menjadikan ibunya mangsa dera. Dan ketika ibunya meninggal dunia, Adam dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Dan di situlah Adam berazam untuk menjadi orang kaya agar dirinya tidak dipandang hina.
Namun kekayaan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan. Perkahwinannya bersama Rozita tiada maknanya. Kekosongan jiwanya belum lagi terisi. Dan akhirnya perkahwinan itu terlerai. Adam membuat keputusan untuk menjual semula Teratak Alam. Hajatnya itu membawa dia bertemu Laura kembali. Namun atas saranan Laura, Adam tidak jadi menjualnya. Dia bersetuju dengan melakukan sedikit pengubahsuaian rumah tersebut.
Hubungan perniagaan itu kemudiannya bertukar menjadi lebih rapat bila Adam sering saja bergantung pada Laura dengan hal-hal berkaitan Teratak Alam. Mungkin kerana Adam tak punya teman lain, Laura saja yang dicari. Semakin hari Adam semakin kemaruk dengan Laura. Dia menyenangi gadis manis itu. Dengan Laura, senyuman dan ketawa sudah mula hinggap di jiwa Adam kembali. Panahan cinta Laura nampaknya begitu kuat. Berjaya mengubah Adam yang beku menjadi seorang perayu dan romantis. Perasaan yang dilanda memang sudah tidak keruan. Menjadikan Laura pula yang seram dengan perubahan mendadak Adam. Tetapi Adam tu pun boleh tahan juga gatalnya hahaha
Adam berniat untuk memperisterikan Laura. Namun tak sangka pula hajatnya itu ditolak mentah-mentah. Memang agak lawak difikirkan sebab Laura menolak hasrat Adam. Alasannya ibunya memang tak suka dengan lelaki kaya. Kasihan Adam! Jadi Adam tekad ke kampung menemui Mak Eton dalam misinya menyunting gadis pujaan hati :)
Ps: Sila google untuk mencari makna Billy Milligan itu :P
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan