JUDUL: RANTING CINTA PLATO
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD
~ Rasaku… ~
RCP berkisarkan tentang peluang kedua dalam cinta. Antara Muaz dan Sofea, mereka berkenalan di luar negara. Ketika itu Sofea masih lagi belajar dan Muaz pula bekerja sebagai doktor di sebuah hospital tempat Sofea menjalani praktikal. Pertemuan Muaz dan Sofea rupanya menjadi titik-tolak kepada perasaan asing yang hadir dalam diri Muaz. Lelaki itu amat menyenangi kehadiran Sofea. Apatah lagi Muaz terlalu merindui adiknya, Dian kerana Muaz sendiri sudah berkelana di luar negara berbelas tahun. Namun rasa itu dipendamkan kerana mungkin terlalu awal untuk diluahkan.
Sekembalinya Sofea ke Malaysia, teman lelakinya; Alfian menuntut agar Sofea berkahwin dengannya sepertimana janji mereka sebelumnya. Sofea akur lagipun memang hatinya sendiri penuh dengan rasa cinta kepada Alfian. Tetapi perkahwinan mereka ini bagaikan tiada keserasian. Ada saja luahan dan kata-kata yang menyakitkan hati masing-masing. Lagipun sikap Alfian yang terlalu workaholic itu membuatkan Sofea selalu saja ditinggalkan. Sampai ke hari minggu pun Alfian sibuk bekerja. Manalah si isteri tak angin satu badan?
Berbalik pada Muaz, dia akhirnya pulang juga ke Malaysia. Waktu ini, Dian sudah punya pilihan sendiri. Dia mahu berkahwin dengan Kyrel, salah seorang pensyarah di kolejnya. Walaupun Muaz membantah pada mulanya, namun melihat kesungguhan adiknya, dia turutkan. Setelah adiknya berkahwin, Muaz pula digesa oleh Mak Uda supaya berumah tangga. Muaz menolak kerana dia masih lagi belum bertemu bidadarinya. Di ingatan pula terlintas suatu nama. Tetapi bagaimana mahu mencari gadis itu sedangkan tiada info langsung.
Kematian Alfian akibat kemalangan jalan raya menyebabkan dunia Sofea dilanda badai. Separuh nyawanya turut terasa melayang. Terasa semuanya bagaikan mimpi. Keadaan Sofea tidak terurus dengan kerjanya yang meratapi kehilangan sang suami setiap hari. Sofea akan mengunjungi pusara suaminya setiap petang. Dan takdir menemukan Sofea dan Muaz kembali. Tidak jauh daripada pusara Alfian, rupanya Muaz juga sering saja mengunjungi pusara adiknya. Dian. Ha, cerita Dian dengan Kyrel ada terselit di tengah cerita.
Pertemuan kali kedua umpama rahmat buat Muaz kerana dia sendiri terlalu merindui akan kehadiran gadis manis itu. Hampir lima tahun dipertemukan kembali, terlalu banyak perkara yang berlaku. Sofea dengan kisah tragisnya itu mendapat simpati yang tak terhingga daripada Muaz. Malah, Muaz menjadi tempat Sofea meluahkan rasa apatah lagi ketika Sofea mengetahui rahsia sebenar Alfian.
Muaz yang sudah lama menaruh hati pada Sofea memulakan langkah pertama. Mungkin kini dia sudah diberi peluang untuk berjumpa semula dengan ranting cintanya yang dahulu. Mahukah Sofea membuka hatinya untuk dicintai semula sedangkan hatinya terlalu terluka akibat cinta pertamanya dulu?
Dalam cerita ni ada falsafah tentang cinta dari Plato yang dirungkaikan. Mungkin bertitik-tolak daripada itu, ia dikembangkan menjadi satu novel cinta yang unik. Walaupun begitu cerita ni ada masanya terlalu meleret-leret yang membuatkan aku sedikit bosan. Mungkin kerana terlalu banyak watak yang ingin ditonjolkan. Jadi aku menjadi sedikit sesak dengan nama-nama watak yang ada hik3 lalala5 :P
Happy reading (^-<)
3 ulasan:
tahniah. suka dengan ulasan ini. sudah baca, tapi sangat tak tahu nak mengulas buku. hhihii. :) jeles dengan kamu! :P
dayya dayyana,
Terima kasih :)
Cemburu juga dengan kamu yang sangat pandai berpuisi, mencoret cerita-cerita indah di Kapa :D
Tanpa Nama,
Erk????
By the way, thanks for the info.
Catat Ulasan