On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.
Ps: Aku dijangkiti 'penyakit' Fira hohohohohorlicks~~~ :P
ISBN: 9789675118579 Penerbit: Jemari Seni Publishing Sdn Bhd Tarikh Terbit: Mac 2011 Halaman: ~ 551 Harga: RM 21.50
~ Rasaku… ~
Seperti biasa aku memang akan selak helaian terakhir sesebuah novel :D Jadi bila saja melihat ilustrasi manga yang comel tu, aku dapat merasakan Ceritera III sebuah cerita yang comel. Tetapi aku simpan dulu kisah pasangan ini, kerana pembacaanku perlu bermula daripada ceritera yang pertama :D
Ceritera I: Wajah Ketiga oleh Nasron Sira Rahim
Ini merupakan kali pertama aku membaca karya NSR. Jadi bila ada wujudnya kisah tentang pembunuh obituari – Nama Atas Kertas, aku jadi teruja untuk tahu sama kisah itu. Jadi nampaknya kena pergi mencari novelnya yang itu [bocor lagi poket kecilku hik3 lalala5:P].
Dalam kisah ini, pembunuhan seorang lelaki di banglo terasing di Mentakab menimbulkan banyak keraguan dan misteri. Mangsa dibunuh dan ditikam di tengah leher [gerun bila membayangkannya!], pembunuhnya pula meninggalkan teka-teki berupa jujukan nombor sebagai klu.
Inspektor Ridzuan yang bertanggungjawab menyiasat kes ini merasakan modus operandi mirip kepada pembunuhan bersiri di Kedah. Berganding bahu dengan Inspektor Faiz, mereka saling cuba merungkai misteri. Namun dalam menyelesaikan kes, masih terselit kisah rumah tangga Inspektor Ridzuan. Sedikit-sebanyak kisah itu mampu mengundang para pembaca untuk terus meneliti karya ini. Manusia, walau siapa pun dia memang tak bisa lari daripada masalah.
Pada mulanya aku terasa seperti membaca garapan ARA, yang memang suka tinggalkan teka-teki kepada pembacanya. Tetapi apabila makin mendalami, dapat rasa yang rentak NSR berbeza walaupun masih berpaksikan kisah thriller:D
Ceritera II: Dia, dalam Ramai… oleh Syud
Kisah Sufiy Suraiya [Sufiy] memang comel. Sangat-sangat comel ok. Kebetulan wataknya digambarkan sebagai seorang penulis, jadi mindaku sudah meletakkan Syud sebagai Sufiy Suraiya [jangan marah ya cik penulis :D] dan Fadli Ameerudin [Ameer] itu Ben Barnes [dia lagi? Dah takde hero lain ke rina oi? kih5:P]
Sufiy pernah rasa suka apabila terpandang seorang lelaki di tempat kerjanya. Umpama pendorong [sumber inspirasi bak kata babe:P], Sufiy akan cuba memastikan yang dia akan bertemu dengan lelaki itu pada tiap pagi Rabu :D Namun kisah itu rupanya bertanda dalam hatinya. Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia seperti ternanti-nanti akan kehadiran lelaki itu. Empat tahun berlalu, siapa sangka lelaki itu rupanya anak jiran di sebelah rumah? :P
Ameer juga rupanya masih mengingati gadis yang sering saja terserempak di lif. Gadis yang entah apa namanya itu sudah ada dalam hati dan bila tahu tentang kehadiran Along si Zahid itu rupanya ada di depan rumah, mulalah zapin berdendang dalam hati hahaha5 :P Tapi berita yang dibawa ibunya menyebabkan Ameer hilang semangat. Mana taknya, gadis yang ditunggu dikatakan sudah dirisik orang. Jadi apa sudahnya kisah 'suka' mereka?
Aku teringat saat Sufiy, Widya & Farhana berbual tentang Ameer, aku sama-sama gelak besar dengan cara Ameer mengenalkan diri hik3 lalala5:P Seperti Farhana, aku pun tak dapat lari daripada membayangkan aksi Ameer seperti Rain dalam iklan syampu tu :P
Untuk kesekian kalinya Syud berjaya meletakkan 'kebetulan' itu dengan manis sepertimana kisah BMHS. Kisah 'suka' dalam hati Sufiy dan Ameer juga digarap indah, atau aku saja yang perasan lebih sebab rasa 'suka' dua watak ini memang melekat di hati. Ada masanya pula terasa Ameer itu seperti Pacai [BHMS], terasa juga ada iras-iras Adil [UATA]. Kan dah terang-terang penulisnya orang yang sama! [sengal la rina~ hantuk kepala ke dinding kih5].
Ceritera III: Ada & Evan oleh Pingu Toha
Ada & Evan. Hingga ke saat ini aku masih tak boleh lupa dengan watak ciptaan penulis ini. Serius. Bibir masih lagi tersenyum [pandang kiri-kanan, takut orang cop aku mereng hahaha5 :P].
Kisah mereka unik. Walaupun punca 'pertemuan' mereka agak klise – ditetapkan oleh keluarga, namun sentuhan penulisnya memang memecah tradisi. Bagaimana ya 'pertemuan' di laman maya? Hanya berbalas email, bisakah hati bersatu? Ha itu keunikan kisah ini :D
Ibu Ada & abah Evan memasangkan anak masing-masing kerana cinta zaman tadika mereka tidak menjadi. Sebagai anak, mereka saling 'bersua' juga walaupun pada mulanya hati Evan memberontak. Namun perkenalan mereka hanyalah melalui email, tidak pernah bersua muka di alam nyata. Email adalah medan di mana mereka meluahkan isi hati masing-masing. Ada dengan kisah cinta lamanya dan Evan yang masih tercari-cari cinta sejatinya. Saling berkongsi rasa, berbalas dorongan mereka berdua jadi rapat. Bersahabat alam maya dengan erti kata lain.
Namun masa begitu mencemburui kisah mereka. Kedua-dua orang tua sudah mula meminta jawapan. Ya atau tidak? Mana pilihan mereka?
Watak Evan aku bayangkan seperti hero kisah manga. Kerana biasanya hero manga ni kan tinggi, kulit putih sikit, ala-ala macho dan kacak, bajet muka berlagak tetapi dalam hati ada taman [ok stop! Berangan la pula kih5 :P].
Tetapi pantun balasan Evan yang paling mencuit hatiku;
Pinggan tak retak, Nasi tak dingin; Kau tak hendak, Tapi aku teringin.[page 536]
Siapa kata Evan naif? Eh, dia pencuri hati kelas satu! kih5:D
Ps: Pulang dari cuti, kenapa otak masih blur? kih5 :P
Hidup Bukan Rahsia. Anda, Saya dan Kita Zabrina A. Bakar
ISBN: 9789834353865
Penerbit: Wise Words Publishing Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2010
Halaman: ~ 222
Harga: RM 24.50
~ Rasaku… ~
Pernah tak rasa bosan bila membaca buku motivasi? Atau pernah tak rasa diri tidak 'ngam' dengan siri-siri pembangunan jiwa? Pernah kan?
Jadi apa yang membuatkan aku selesa dengan karya penulis ini adalah kisah garapannya yang mudah untuk difahami. Tidak berselindung dengan kata-kata pujangga yang berlebihan, kiranya tiada juga jargon yang buat kita pusing kepala. Ayatnya mudah. Isinya padat. Memang cukup menyenangkan, malah ada masanya tidak terasa kita sedang membaca kisah motivasi.
Seperti tulisannya sebelum ini, 18 kisah inspirasi yang dibingkaskan kali ini masih dan akan terus relevan. Kisahnya juga menyingkap pengalaman penulisnya sendiri. Jadi pastinya ia lebih dekat di hati.
Daripada kisah ‘Si Abang dan Adiknya’ hinggalah kisah ‘Sembilan Pelari Pecut’ akan membawa kita mengembara dalam dunia Sis Zabrina. Prinsipnya mudah - belajar dan terus belajar. Jangan cepat merasa kita sudah bagus kerana di situ timbul riak. Diamlah kita di saat insan lain sedang berbicara, jangan cepat menyampuk atau mencelah walaupun mungkin kita lebih arif tentang topik yang diutarakan [baca selanjutnya Rahsia ke-16; Dengarlah, Ia pasti Berbaloi].
Cerita yang berasaskan kehidupan seharian seorang Muslim ini adalah calon Anugerah ‘King International Prize 2010’. Selayaknya, buku ini ditulis bukan hanya untuk suka-suka.
Tak percaya? Sila dapatkan buku ini. Anda pasti terasa 'kesan'nya! :D
B1G1 - Buy 1 Give 1 Free to others:))
Resipi Kehidupan[page 50]
Kedua tangan ditadah ke langit
dengan secubit kekesalan di dalam hati
pohonlah kemaafan sepanjang malam ke esok hari
dendam dihiris lumat, kasih ditabur mesra
ditangguk dengan senyuman ikhlas dan diadun sebati
Larutkan kebencian di hati diganti kebaikan
hulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan
gaulkan ketawa riang, kasih dan sayang dari hati
tambahkan kemaafan yang ikhlas, dan berikan kepada teman sejati!
Siapa yang mendapatnya, terserah kepada kamu
seluruh dunia boleh menerimanya, jika ini yang anda mahu!
Usahlah memperkecilkan apa jua perbuatan baik, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang tersenyum riang [page 178]
Dah lama nak tulis tentang ini tetapi asyik bertangguh je. Dengan mood masih malas menaip review, aku terasa mahu tulis cerita tentang ini kih5:P
Sejak akhir-akhir ini industri hiburan tanah air [baca: Malaysia] makin meriah dengan kisah-kisah drama atau filem yang diadaptasikan daripada novel.
Dulu pun dah ada macam drama Tak Tercapai Akalmu [Cinta Pertama], Dari Mata Arissa [Kau Sayangku],Tangisan Bulan Madu, Kau Laksana Bulan, Trilogi Cinta [Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, Tiada Lagi Mimpi], drama & filem Lembing Awang Pulang ke Dayang, teater Salina di Istana Budaya [dijangkakan tahun ini. I'm waiting for this!], doku-drama Manikam Kalbu, tetapi yang paling popular pastinya filem Lagenda Budak Setan dan drama Nora Elena [Kasih Yang Suci] yang makin meletup-letup di TV3 sekarang ini.
Akan datang akan ada filem Ombak Rindu dan teater Badai Semalam [tak berkesempatan nak beli tiket huhu5 ] dan Stanza Cinta [teringat Aween, aku belum baca yang ini hehe2] yang akan mula ditayangkan di TV3 19 Jun ini, serta 7 lagi novel yang bakal menjadi drama & telefilem. Novel terbitan Alaf 21 yang terlibat:-
Pronya? Pastilah menjadikan novel kembali popular. Ramai nak cari novel tu, penerbit pun akan mula sibuk cetak semula. Sekaligus nama penulisnya turut popular :D Aku suka yang ini sebab barulah ada di antara kita yang menyedari kita pun ada penulis-penulis yang hebat.
Yang tak bagusnya [my view], apa yang dijangkakan tidak seindah mana. Sebagai pembaca yang sudah 'menyelami' dan 'merasai' novel itu pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada apa yang dihidangkan di kaca televisyen. Betul! Itu yang aku mahu tetapi setakat ini tiada yang mampu mengesankan. Ada ketikanya terasa plotnya perlahan, watak-watak yang tidak kena pada tempatnya atau skrip yang longgar sedangkan isi novelnya tersangatlah superb[Macam tengok filem Ayat-ayat Cinta dengan baca novelnya, teramatlah lain!]. Aku memang minat menonton drama/filem tetapi biarlah ceritanya sama 'cantik' dengan novelnya. Barulah semangat nak tonton hik3 lalala5:D
Tetapi mungkin aku kena sematkan di hati – imaginasi dan realiti TV tidak sama.
Walau bagaimanapun, aku sangat-sangat menantikan kemunculan Adam & Hawa. Mungkin sebab aku nak tahu siapa yang akan menjadi Adam? Pelakonnya mesti ada class, yang paling penting kena ada lesung pipit. Betullah, watak Adam kan begitu? hik3 lalala5:P
Keputusan Cabaran 50 Buku – Mei 2011 sudah keluar. Tahniah kepada para pemenang :D
Seperti gambar di atas, aku bulatkan 'kurang 7 bulan lagi' dan menggariskan 'masa pula seakan tidak mengizinkan.' Setuju 100%.
7 bulan lagi, tetapi masa berlalu sekejap saja. Hujung bulan ini aku sudah mula sem baru [sem terakhir, insyaAllah], makanya pembacaanku sudah akan beralih arah. Fokus mungkin agak kurang di novel [boleh percaya ke? kih5 P].
Cuma bila tiba bahagian bahasa tu aku agak lemah sikit hik3 lalala5 Memang tak pandai pun bidang ini, tetapi tetap akan cuba :D
Aku mahu clarify sesuatu di sini. Apa yang aku tulis adalah perkongsian rasaku. Tidak mengejar apa-apa dan tidak juga mengharapkan apa-apa. Ini gobok alam mayaku. Moga kamu mengerti. Pinjam ayat Pei Pan :-
'Aku menulis untuk diri sendiri dan bukan untuk kamu.'
Apa yang kurasa tak sama dengan kamu. Jangan marah-marah! Lepak sudah hik3 lalala5:P