Acik Lana
ISBN: 9789671163504
Penerbit: Acik Lana – Self Publishing
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 674
Harga: RM33
~ Rasaku… ~
Andai mampu aku putarkan putaran dunia [blurb novel]
Sayangnya kita memang tak akan pernah mampu berbuat sedemikian. Apa yang bisa dilakukan adalah untuk terus maju ke hadapan. Dan itu pun bukan mudah melaluinya, tetapi itu harga yang perlu dibayar oleh Bunga untuk menebus setiap kesalahannya dulu. Kerana kealpaannya, dia hanyut dalam godaan Karl Hakimi [Karl]. Hanya sekali tetapi keterlanjuran yang sekali itu lah membuatkan Bunga hilang segala-galanya.
Bunga dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan kemudiannya Karl hilang tanpa dapat dikesan. Mudah kan lelaki untuk cuci tangan? Haihh...moga-moga adindaku memahami mesej yang tersirat. Jangan hanya pandang kisah romantica-de-amor saja.
Pertemuan Bunga dan Karl selepas bertahun-tahun hanya menambah bara yang terpendam. Senang benar lelaki itu tiba-tiba muncul dan meminta maaf. Bagaikan tiada apa yang berlaku. Sedangkan Bunga selama ini terkontang-kanting membela maruah diri yang tercalar. Wah! Terasa aku emo lebih di sini *wink*
Namun bagaikan sudah sebati dalam hidup sang kasanova, mengalah bukan ada dalam prinsip Karl. Dia harus mengejar kembali sang bunga idaman. Dan saat itu dia mengerti. Bukan hanya keterlanjuran yang menjadi isu, ada banyak sebab mengapa Bunga membencinya sepenuh hati.
Karl cuba membaiki keadaan. Buat pertama kali mahu bertanggungjawab dengan Bunga. Memang bukan mudah, apatah lagi benci, dendam dan luka di hati Bunga makin parah. Tetapi Karl tak pernah jemu mencuba. Apatah lagi dengan kehebatan Elman; bos Bunga yang segak dan kaya-raya itu buat Karl rasa tergugat. Dia perlu bertindak segera. Apa cara sekalipun harus dilakukan, yang pasti mahukan Bunga kembali di sisinya.
Aku menyenangi gaya penulis ini. Alunan bahasanya tersusun indah. Mudah buat aku tertarik dan tergoda. Opps! Tapi maaf ya! Kali ini aku lebih banyak melangkau baca. Mungkin kerana aku bosan dengan adegan tarik tali si Bunga [padaku punca kenapa novel ni tebal]..atau novel ini hadir ketika lambakan kisah terlanjur di pasaran. Jadi aku mengharap lebih daripada penulis. Slot keinsafan Bunga dan Karl Hakimi misalnya yang perlu ditekankan kerana isu terlanjur dan pembuangan bayi sudah dijadikan pokok cerita.
Walaubagaimanapun tahniah buat penulis. Dengar khabar, tak putus-putus order yang diterima untuk keluaran edisi terhad ini. Pasti saja pengorbanan yang dilakukan untuk menerbit sendiri novel ini berbaloi-baloi bila ada penyokong tegar. Selamat maju jaya!
Happy reading (^-<)
25 ulasan:
Assalam..
dan salam perkenalan..
selalu singgah tapi tak komen..:)
jemput juga kerumah saya ya di
www.fatonahzotas.blogspot.com
tata-
Assalamualaikum,
Salam kenal Fatonah ;))
InsyaAllah akan datang melawat.
Thanks kerana selalu singgah!
salam..
sy nak bli novel PYPAC ni..tpi order dah ditutup.. :(
nak tny, awk nak jual x novel acik lana ni? coz sy nak bli.. :)
thanx.. :)
Tanpa Nama,
Maaf saya tak jual. Hmm..tapi awak boleh cuba tanya di FB Shahputra Novels House. Selalunya mereka ada stok novel ;))
Kat kedai buka xde jual ke novel ni
Tanpa Nama,
Setahu saya takde. Cuba awak tanya dulu di FB Shahputra tu..kot mereka masih ada stok :D
Mana nak cari novel ni?
Tanpa Nama,
Beli dengan penulisnya sendiri ;D
slm sis...blogwalking..hehe
best ke tak novel ni?
tengah berkira2 nak membeli ni...
huhu
:sour n sweet:,
Boleh tahan. Kalau suka kisah sebegini memang akan rasa best.
Kalau nak beli, baik beli sekarang. Order kedua sudah dibuka sekarang & boleh google je nama 'Acik Lana'. Nanti terus ke blognya. Limited edition ni ;))
Saya paling suka review ni dalam banyak2 review PYPAC.Cane nak kata eh...novel ni best untuk bacaan ringan~penghayatan macam dalam drama Setia Hujung Nyawa tulah,kurang sikit, tapi yang penting novel Acik Lana, cara penyampaiannya rata-rata tak mengecewakan. Untuk buat koleksi, mestilah wajib kan? Kata kaki novel, kalau tak ada koleksi Acik Lana macam tak lengkap hidup. :)
Saya ada novel ni lebih, sapa nak barter... gi kat sini
Sorry kat blog ini~ yang atas tu blog Airina, silap copy paste Barter PYPAC dengan novel awak
Happy Mind,
Buat peminat Acik Lana memang harus dapatkan buku ini sebagai koleksi. Dna diakui setakat ini, penulis belum lagi menghampakan. Kebanyakan karyanya dapat diterima baik oleh para pembaca :D
Ha.. siapa mahu tu boleh berurusan terus dengan adik manis ni :D
Ada sesiapa yg nk letgo novel PYPAC ni? Kalau ada sila emel saya di:-
eyna.eryna@gmail.com
Cik Eyna,
Kalau ada saya akan beritahu awak ya :D
klu ada yg nak jual secondhand novel pypac ni please email saya kat fadiazie@gmail.com..tq
fadiazie@gmail.com,
Kalau ada saya akan beritahu awak ya :D
kalau ade nak jual novel ni seconhand bgtau syae bole tak..saya sanggup beli harga tinggi...tq..my email suzana_ey02@yahoo.com
suzana_ey02@yahoo.com,
Moga awak berjaya ya dalam misi mencari novel ni. Memang susah tapi tak mustahil :))
Siapa ada jual novel ini? Saya nak beli. Kalau ada e-mail adrinarashad@gmail.com
adrina nohin,
Maaf ya awak, kita tak jual buku ni. Moga awak berjaya dapatkannya :D
Salam sis, kalau saya nak pinjam boleh? Or rent? Pls sis. Dah tak tahu nak cari kt mana :(
Madihah Che Mat Isa,
Emel saya ya sis untuk sesi pinjaman ni :D
Nak beli or pinjam blh tak sis.. dah x de di.pasaran
Fauziah Mubin,
Maaf lambat respons! Boleh emel saya untuk pinjaman, maaf saya tak jual.
Catat Ulasan