Bahruddin Bekri
ISBN: 9789674011628
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Terbitan Pertama 2012
Halaman: 173
Harga: RM9.90
Halaman: 173
Harga: RM9.90
~ Rasaku… ~
Bila dah selalu sangat baca novel cinta, cemuih juga. Amboi! Tak sayang mulut nampak? hikhikhik
Kali ini, Idlan terkejut menerima kunjungan ayahnya yang tiba-tiba saja mahu ke Kuala Lumpur. Dia tahu pun setelah ibunya menelefon. Wah! Ayah mai KL!
Ketika menjemput ayahnya di stesen bas ada macam-macam pula yang berlaku. Itu belum lagi selama mereka berdua bersama. Dari hari ke hari, ada saja perkara-perkara yang di luar jangkaan si Idlan ni. Namun apa yang lebih dia geruni, jelingan mata ayahnya yang menusuk di kalbu. Aku pun kecut perut..ngee~~
Tapi sebenarnya di sebalik tujuan ayahnya yang konon mahu mencari teman lama bernama Kamal Hassan, ada hal lain yang lebih utama. Perasaan rindu yang sarat pada sang anak yang duduk berkelana di tempat orang. Rasa kasih sayang yang tak mampu seorang lelaki itu tunjukkan. Ya, aku faham kerana tiada ayah yang tak sayangkan anaknya. Cuma rasa itu tidak pernah ditunjukkan oleh sang ayah. Bukannya mereka tak mahu tapi begitulah... korang faham kan?
Dan sebagai anak, jangan hanya mengikut kata hati saja. Belajarlah menerima kasih sayang yang entah bagaimana mereka dedikasikan pada kita. Alhamdulillah... aku masih ada ayah. Ada ibu. Terima kasih Tuhan!
Kalau baca buku yang bersangkut-paut dengan keluarga mesti ada hati yang terusik. Pantang sungguh! Sama seperti baca edisi kali ini, mujurlah tak meleleh air mata tapi sebak juga..haihh... *wink*
Dalam sebak, lucu pun ada juga. Ya, sememangnya penulis pandai menyelit adegan yang macam takde apa-apa, tapi bila baca ada kelakarnya. Yay! Dan penamatnya memang manis. Ha, kalau dah capai cita-citanya, apakah akan ada sambungan lagi untuk diari bersiri ni? Hmm..tunggu dan lihat saja ;))
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
happy reading eh !sesekali ubah mood apa salah nya kan...mungkin kita bole berkongsi cerita....
singgah sini...salam kenal dari goodreads...yeahh !
Azie Namico,
Hee ;)) Ya, sesekali apa salahnya kan?
Salam kenal Azie ;D Thanks sudi singgah sini!
Catat Ulasan