Irma Hasmie, Zamri Mohamad
ISBN: 9789674110536
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua 2012
Halaman: 128
Harga: RM13
~ Rasaku… ~
Biar sedikit asal menjadi. Asal melekat dalam hati [blurb buku]
Ini himpunan cerita ringkas yang penuh inspirasi. Hadir daripada seorang insan yang sudi berkongsi detik-detik perubahannya. Ada 16 kisah kesemuanya. Bukan kisah hidup sebenar penulis, tapi kisah-kisah kecil yang mungkin kita terlepas pandang. Yalah, selalunya kita ni suka lihat yang indah-indah je...sibuk dengan hal sendiri sampai terlupa mungkin ada teman yang sedang diuji hebat.
Antara kisah yang aku suka adalah Kisah 8: Doa Siapakah yang Termakbul? Bila kita selalu dapat apa yang kita inginkan bukannya doa kita yang makbul. Mungkin itu kerana doa ibu bapa kita, adik beradik, saudara mara atau kawan-kawan kita ;))
Kisah si anak kecil; Dinding juga menarik. Mengajak berfikir kembali, apa yang ada dalam hati. Ikhlas tidak perlu di bibir. Apa lagi dalam menghukum perbuatan orang lain. Sila baca lanjut di Kisah 12: Meraikan Ikhlas Berkali-kali.
Cermin-cermin diri sendiri. Jangan tuding jari sesama sendiri. Dan paling penting, jangan bandingkan kebaikan kita dengan mereka yang kita lihat jahat. Manusia itu boleh berubah. Tak akan pernah kekal. Kita akan diuji dengan pelbagai keadaan dan peristiwa... dengan pelbagai rasa dalam jiwa. Pilihannya untuk kekal terus menjadi hamba-Nya atau tidak. Terserah anda.
Sila baca dengan mata hati. Moga ada manfaatnya.
Selamat menyambut kelahiran bayi sulung Puan Penulis...hari ni kan? Tahniah ;))
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Rajinnya budak Airina menulis review..huhuhu, tiup sikit semangat rajin pada KakChik ni..;)
AimieAfifah,
Tak rajin kakchik..sedang isi masa yang ada je *wink*
Catat Ulasan