AdaMaryam
Xarine
ISBN: 9789672118746
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: November 2011
Halaman: 504
Harga: RM20
Halaman: 504
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Kredit pada Ulatbuku kerana ini bingkisan daripada
mereka tapi siapa sangka aku boleh peram buku ni bertahun lamanya [amboi!
exaggerate! ;P].
Dan saat menghadam novel ni, aku terasa sedikit kesal kerana membiarkannya.
Sepatutnya aku baca daripada awal.
Jujurnya aku tak faham satu apa pun tentang
eksperimen dan kajian dalam bidang kejuruteraan yang dipaparkan. Tetapi penulis
berjaya buat aku macam faham. You know... Ala... macam mana nak cerita
*rolledeyes*
Permulaannya agak mendatar. Mungkin kerana
fokusnya pada sang heroin – Maryam. Si gadis yang sedang cuba mempelajari cara
dan gaya kerja di kilang elektronik. Seperti Maryam, aku juga turut tak
ketinggalan untuk membayangkan apa itu bau asbestos, plastik, production line, bunyi loceng, kafe dan
pastinya keterujaan melihat jurutera-jurutera lelaki kacak kih5
Namun bukan itu saja yang Maryam akan
tempuhi. Siapa tahu di kilang itu, di saat dia diambil menjadi salah seorang
daripada pasukan yang menyiapkan formula Code X, dia dihimpit dengan pelbagai
tragedi. Satu per satu hingga dirinya juga hampir dirogol! Jeng jeng jeng...
Adam - si playboy pencen dan merupakan
jurutera genius yang mencipta formula Code X itu. Sememangnya gaya, pangkat dan
rupa menjadi kegilaan gadis-gadis kilang. Tetapi hatinya jatuh tergolek saat pertama
kali bersua dengan Maryam. Cuma masalahnya sekarang, dia harus bersaing dengan
Bani. Sudahlah bersaing untuk mendapatkan hati Maryam, kini harus bersaing
untuk menyudahkan Code X.
Keadaan makin serabut bila Bani dipukul dan
Adam puncanya. Lagi haru bila Adam hilang bersama-sama formula Code X dan nyawa
mereka semua terancam. Kenapa Adam lari dan apakah Code X yang dikatakan bakal
mengubah kehidupan manusia seharian itu sebenarnya?
Tak dapat dinafikan ini karya suspens
ala-ala thriller yang pantas dan menjadi. Cuma kurang satu bintang sebab bila adanya
Mr Ong semasa insiden cubaan membunuh Adam, aku sudah dapat meneka dalangnya.
Opps! ;P
Satu lagi tentang kisah Adam-Lina yang buat aku kepingin tahu apa yang terjadi
pada mereka berdua sebelum ini. Apa pun aku memang tak sangka dengan beberapa
perkara, Lina misalnya. Dia mungkin gadis gedik annoying tapi dalam hatinya
masih ada nurani. Yay!
Aku senang dengan gaya bahasanya. Tak
terlalu berbunga-bunga dan tidak santai sangat. Cukup seadanya padaku. Kalau
anda suka kisah cinta-cintun terlebih gula, ya ini memang bukan untuk anda
tetapi kalau rasa-rasa nak keluar dari kisah stereotaip novel Melayu apa kata
cuba ;D
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Salam,
Terima kasih review hehe. Sampai dengan google je ni tau. InsyaAllah novel saya akan keluar tahun ni, cuma berbeza publisher.
Boleh follow sy di blog untuk update terkini, atau di facebook atau di twitter @kubakoya.
Btw, thanks for liking my book ;p
Salam Tuan Khari,
Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Kredit pada google barangkali ;))
InsyaAllah, saya hanya bisa follow tuan di blog kerana tiada akaun twitter. Semoga sukses dengan novel terbaru ;D
Catat Ulasan