Ismi Fa Ismail
ISBN: 9789671019238
Penerbit: I F I Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2012
Halaman: 225
Harga: RM20.90
Halaman: 225
Harga: RM20.90
~ Rasaku… ~
Tajuk dan sinopsis di kulit buku buat aku teruja nak baca. Ya, asyik baca novel cinta memang bosan juga *wink*
Pada mulanya aku fikirkan ia kompilasi cerita-cerita seram tetapi bukan. Ia sebenarnya satu kesinambungan. Cuma penulis bijak memanipulasikan ceritanya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-
Cerita 1 – Kacuk
Cerita 2 – Terapung
Cerita 3 – Ramalan
Cerita 4 – Tumpang
Cerita 5 – Telefon
Cerita 6 – Bunga Kematian
Cerita Akhir – Batik Sentung Biru
Dan setiap cerita itu sebenarnya punya jalinan. Memang kena baca tanpa melangkau mana-mana halaman sebabnya nanti akan rasa pelik kerana novel ini sebenarnya cerita di atas cerita.
Secara ringkasnya, ini kisah Munir yang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya. Di pertengahan jalan, dia keliru. Terasa jalan pulang itu lain benar daripada kebiasaannya. Dia melewati sebuah perkampungan dan di situ dia bertemu dengan seorang kanak-kanak; Adib. Dek kerana kasihan melihat Adib yang keseorangan, dia membawa Adib pulang ke rumah ibunya.
Adib digambarkan sebagai seorang yang amat pendiam tetapi tetap akrab dengan Munir. Adib juga tak pernah lekang daripada sebuah buku hitam dan itu menyebabkan Munir tertanya-tanya. Bila dibelek-belek rupa-rupanya sebuah cerita dan seterusnya ha… di sini lah setiap bahagian itu ‘bercerita’. Ada seram, sedih, cinta dan sayu. Dan yang paling penting twist di akhir cerita. Superb.
Aku tak nak tulis banyak kerana ia akan menyebabkan cerita ini hilang seramnya. Kamu perlu cari dan cuba baca. Mari berfantasi dan berhalusinasi benda yang bukan-bukan kih5 Walaubagaimanapun, ada beberapa perkataan seperti ‘sowie’ yang aku rasa tak perlu ditulis sebegitu. Tetapi mungkin kerana ianya perbualan jadi baiklah, aku pejam mata. Lagipun padaku ia masih tidak mencacatkan cerita ini.
Happy reading (^-<)
11 ulasan:
Hi dear. Sy berminat nk beli novel ni klau awk nk jual. Dah lama cari. Tapi x jumpa. Boleh cntct sy kt bellaowns.bo@gmail.com atau terus whatsapp 0128151841. Tq :)
Bella Zainal,
Hai! Maaf, saya tak jual. Boleh dapatkan online dari MPH atau terus beli dengan penulisnya; cari je FB Ismi Fa Ismail :))
Ataupun awak boleh terus beli di online shop kat instagram - greatbooksmy . Kat situ ada jual online buku ni .
tp kte nye novel ni sequel tok novel yg sbelom ni,n novel tu xde tjok n cover dia hitam je.btol ke??klo btol,nk cri mne??
Amy,
Yang novel hitam Tiada Tajuk tu sambungan pada yang ini. Boleh cari di @mphonline :))
Selamat membaca!
aku da baca n mlm2 tido pasang lampu, konpem! bikin muvi sure gempak eh? siang ari baca pun meremang bulu roma wooohh...
Tanpa Nama,
Hahaha..cam serupa la. Masa baca tu tengok tingkap hikhikhik.
Seramnya tak menampakkan si hantu berwajah hodoh. Itu yang bikin cerita ni luar biasa seramnnya :D
Memang best sgt.. haha.. dupdap jantung.. hbis meremang rase..
Tanpa Nama,
Hahaha.. jantung tak berhenti ya?
Seram ke??tk jdi lh sy nk baca
Tanpa Nama,
Boleh tahan. Sila cuba baca untuk tau tahap seram anda :)
Catat Ulasan