Nurul Syahida
ISBN: 9789675489068
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: 15 Januari 2010
Halaman: 464
Harga: RM17.90
Halaman: 464
Harga: RM17.90
~ Rasaku… ~
Safiah Shuhaimi [Safi], seorang novelis
yang ambitious. Dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup. Dan dia selalunya
menjadi tempat rujukan buat dua teman baiknya; Helmi dan Iza apabila
kedua-duanya berdepan dengan masalah cinta. Pada Safi itu semua dapat
diselesaikan dengan mudah kerana ‘diakan seorang novelis!’, novelis cinta lagi
*wink*
Tetapi kepakaran menyelesaikan masalah
cinta bagaikan tergugat dengan kehadiran seorang pemuda rambut yang lebih merah
dari api. Lelaki yang pada Safi adalah lelaki paling pelik yang ditemuinya.
Roul; lelaki ini dikenalkan oleh Helmi dan Iza. Sudahlah dia sedang berdepan dengan masalah
writer’s block, ini pula perlu menghadap lelaki yang tak normal tu! Sungguh tak
sangka dua temannya itu mengenenkan dia dengan lelaki seperti itu. Alahai!
Aku harus akui tak semua gadis sanggup
keluar bertemankan lelaki yang rambutnya merah, mata sebelahnya merah dan
telinga bertindik. Hmm, mungkin kalau gadis itu seperti itu juga rasanya tak
menjadi masalah. Tetapi ini Safi... Safi si penulis novel yang ada kelasssss
kih5 ;P Lagipun
Roul tu suka sangat bercakap lepas, tanpa tapis-tapis langsung.
Namun Roul yang sememangnya tak pernah
makan saman, sudah jatuh hati pada Roul. Dan kerana Safi tak suka panggilan
‘lu’ dan ‘gua’ yang digunakan, Roul sanggup memanggil Safi dengan ‘Lulu’...
wah! Lelaki alien pun ada taman dalam hati hahaha5 Jadi bagaimana Safi mahu
menyelesaikan ‘masalah’ cintanya? Sila... sila baca novel ni.
Sesuatu yang refreshing. Ringkas dan comel.
Ini pendapat peribadi aku. Walaupun pada asalnya aku kira jalan ceritanya
biasa-biasa saja tetapi mungkin kerana cara penyampaian penulis ini buat aku
rasa ianya nampak baru, berbeza dengan novel-novel cinta yang lain. Apatah lagi
gaya bahasa yang penulis gunakan lebih santai, dan ada sesetengah ayatnya
berbentuk sinikal yang mampu buat aku tergelak sendiri. Good job sis! ;D
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Salam. Suka bc awknye ulasan. (",)
Tok novel ni bape bintang awk bg??
Sufi
Salam Sufi,
Terima kasih :)) Saya bagi 4 bintang untuk novel ni.
Catat Ulasan